Anda boleh memadamkan akaun anda daripada dalam aplikasi WhatsApp. Tindakan memadamkan akaun anda ialah proses yang tidak boleh dibalikkan, walaupun anda melakukannya secara tidak sengaja.
Untuk memadamkan akaun anda
Buka WhatsApp.
Ketik Pilihan lain > Tetapan > Akaun > Padam akaun saya.
Pilih sebab anda memadamkan akaun anda dalam senarai juntai bawah.
Ketik PADAM AKAUN SAYA.
Memadam akaun anda akan:
Memadamkan akaun anda daripada WhatsApp.
Memadamkan sejarah mesej anda.
Memadamkan anda daripada semua grup WhatsApp anda.
Memadamkan sandaran Google Drive anda.
Jika anda memadam akaun anda:
Anda tidak boleh mendapatkan akses kepada akaun anda semula.
Ia mungkin mengambil sehingga 90 hari dari permulaan proses pemadaman untuk memadam maklumat WhatsApp anda. Salinan maklumat anda mungkin juga kekal selepas 90 hari dalam storan sandaran yang kami gunakan untuk pemulihan sekiranya berlaku bencana, ralat perisian atau peristiwa kehilangan data yang lain. Maklumat anda tidak tersedia untuk anda di WhatsApp ketika ini.
Ini tidak menjejaskan maklumat anda berkaitan grup yang anda cipta atau maklumat yang pengguna lain ada tentang anda, seperti salinan mesej yang anda hantar kepada mereka.
Salinan beberapa bahan seperti rekod log mungkin kekal dalam pangkalan data kami tetapi tidak dikaitkan dengan identifikasi peribadi.
Kami juga mungkin menyimpan maklumat anda untuk perkara seperti isu perundangan, pelanggaran terma atau usaha pencegahan kemudaratan.