Apakah WhatsApp Business?

WhatsApp Business adalah aplikasi muat turun percuma yang tersedia pada Android serta iPhone, dan dibina khusus untuk pemilik perniagaan kecil. WhatsApp Business memudahkan interaksi dengan pelanggan melalui penyediaan alatan untuk mengautomasi, mengisih dan membalas mesej dengan cepat. Aplikasi ini juga dibina untuk berfungsi sama seperti WhatsApp Messenger. Anda boleh menggunakannya untuk melakukan semua perkara yang biasa anda lakukan, daripada menghantar mesej sehingga kepada menghantar foto.
Beberapa ciri aplikasi yang kami sediakan pada masa ini termasuk:
  • Profil perniagaan untuk menyenaraikan maklumat penting, seperti alamat, e-mel dan laman web sebuah perniagaan.
  • Label untuk mengurus dan mencari sembang serta mesej anda dengan mudah.
  • Alat pemesejan untuk membalas kepada pelanggan dengan cepat.
Anda boleh mengetahui cara untuk memuat turun daripada Google Play Store dan App Store.
Jika anda bukan perniagaan, anda tidak perlu memuat turun aplikasi berasingan ini. Anda boleh terus menggunakan akaun WhatsApp Messenger anda secara percuma untuk berhubung dengan rakan, keluarga dan perniagaan.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak