Cara memajukan mesej

Android
iPhone
KaiOS
Web dan Komputer meja
Windows
Gunakan ciri pemajuan untuk memajukan mesej daripada sembang individu atau grup kepada sembang individu atau grup yang lain. Mesej yang dimajukan akan ditandakan dengan label “Dimajukan”, yang akan membantu anda mengetahui jika rakan atau ahli keluarga anda telah menulis mesej yang dihantar atau jika asal mesej itu adalah daripada orang lain.
Apabila anda memajukan mesej, anda boleh berkongsi dengan sehingga lima sembang sekali gus. Jika mesej telah dimajukan, anda boleh memajukannya kepada sehingga lima sembang, termasuk satu sembang grup maksimum. Apabila mesej telah dimajukan berkali-kali, mesej tersebut hanya dapat dimajukan kepada satu sembang pada satu masa.
Memajukan mesej
  1. Dalam sembang individu atau grup, pilih mesej yang ingin anda majukan.
  2. Tekan Pilihan > Majukan.
  3. Cari atau pilih kenalan atau grup yang ingin anda majukan mesej tersebut > TAMBAH.
  4. Tekan Selesai.
Nota:
  • Kapsyen tidak akan dimajukan bersama dengan media.
  • Sebarang mesej yang anda majukan yang tidak berasal daripada anda sendiri akan ditandakan dengan label "Dimajukan" kepada anda dan mana-mana penerima yang menerima mesej tersebut.
Sumber berkaitan:
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak