Cara memajukan mesej

Android
iOS
KaiOS
Web dan Komputer meja
Windows
Mac
Ciri pemajuan membolehkan anda untuk memajukan mesej daripada satu sembang individu atau kumpulan kepada sembang individu atau kumpulan yang lain. Mesej yang dimajukan akan ditandakan dengan label “Dimajukan”, yang akan membantu anda mengetahui jika rakan atau ahli keluarga anda telah menulis mesej yang dihantar atau jika asal mesej itu adalah daripada orang lain.
Anda boleh memajukan mesej kepada hingga lima sembang sekali gus. Jika mesej telah dimajukan, anda boleh memajukan mesej tersebut kepada hingga lima sembang, termasuk maksimum satu sembang kumpulan. Apabila mesej telah dimajukan berkali-kali, mesej hanya dapat dimajukan kepada satu sembang pada satu masa.

Memajukan mesej
  1. Dalam sembang individu atau kumpulan, ketik dan tahan mesej yang ingin anda majukan.
    • Untuk memajukan berbilang mesej, anda boleh memilih mesej tambahan selepas anda memilih mesej pertama.
  2. Ketik Majukan
    forward
    .
  3. Cari atau pilih sembang individu atau kumpulan yang ingin anda majukan mesej tersebut.
  4. Ketik Hantar
    send
    .
Nota:
  • Anda juga boleh memajukan media, lokasi atau kenalan supaya anda tidak perlu memuat naik maklumat itu semula.
  • Sebarang mesej yang anda majukan yang tidak berasal daripada anda sendiri akan memaparkan label "Dimajukan" kepada anda dan mana-mana penerima yang menerima mesej tersebut.
  • Anda tidak boleh memajukan senarai siaran.
Sumber berkaitan:
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak