Â
Cara menggunakan senarai siaran
Android
iPhone
Gunakan ciri senarai siaran untuk menghantar mesej kepada beberapa kenalan anda sekali gus. Senarai siaran ialah senarai kenalan yang disimpan supaya anda boleh menghantar mesej berulang kali tanpa perlu memilih kenalan anda setiap kali.
Mencipta senarai siaran
- Ketik Sembang > Senarai Siaran > Senarai Baharu.
- Cari atau pilih kenalan yang ingin anda masukkan.
- Ketik Cipta.
Penerima akan menerima mesej daripada senarai siaran anda sebagai mesej normal dalam tab Sembang mereka. Balasan mereka juga akan muncul sebagai mesej normal dan tidak akan dihantar kepada kenalan lain dalam senarai siaran.
Nota: Hanya orang yang telah memasukkan anda dalam kenalan telefon mereka akan menerima mesej penyiaran anda. Jika seseorang tidak menerima mesej penyiaran anda, semak untuk memastikan bahawa mereka telah memasukkan anda dalam senarai kenalan mereka. Senarai siaran ialah komunikasi satu kepada banyak. Jika anda mahu penerima anda menyertai perbualan kumpulan, anda harus mencipta sembang kumpulan.
Mengedit senarai siaran
- Buka Senarai Siaran anda.
- Ketik ikon "i" di sebelah senarai yang ingin anda edit.
- Pada skrin Info Senarai, anda boleh:
- Tukar nama senarai siaran anda.
- Masukkan atau alih keluar penerima daripada senarai dengan mengetik Edit senarai....
Memadam senarai siaran
- Ketik Sembang > Senarai Siaran.
- Leret ke kiri pada senarai siaran yang ingin anda padamkan.
- Ketik Padam.
Sebagai alternatif, ketik Edit, kemudian ikon "–" di sebelah senarai yang ingin anda padamkan > Padam.
Sumber Berkaitan: