Tidak dapat melihat maklumat profil kenalan
Tetapan privasi membolehkan anda untuk menyembunyikan status kali terakhir dilihat dan dalam talian, foto profil, perihalan, status atau resit dibaca anda. Anda mungkin tidak dapat melihat maklumat seseorang disebabkan oleh cara mereka mengesetkan tetapan privasi mereka.
Jika anda tidak dapat melihat status kali terakhir dilihat dan dalam talian, foto profil, perihalan, status atau resit dibaca seseorang, hal ini mungkin disebabkan oleh salah satu daripada perkara yang berikut:
- Terdapat isu rangkaian sementara.
- Anda atau pengguna telah menukar tetapan privasi untuk status terakhir dilihat dan dalam talian atau foto profil.
- Anda dan pengguna perlu menyegerakkan maklumat kenalan anda semula.
- Anda telah disekat oleh kenalan tersebut.