Tidak dapat menerima pemberitahuan pada Opera

Web dan Komputer meja
Jika anda tidak menerima pemberitahuan pada WhatsApp Web, pastikan pemberitahuan anda dihidupkan pada pelayar anda.
Menghidupkan pemberitahuan
  1. Pada pelayar anda, klik Hidupkan pemberitahuan desktop pada sepanduk biru di atas senarai sembang anda.
  2. Ikuti prom pada skrin.
Nota: Jika anda tidak melihat sepanduk biru, segarkan semula halaman tersebut. Jika anda masih tidak dapat melihat sepanduk tersebut, anda mungkin telah menyenyapkan atau mematikan pemberitahuan dalam tetapan WhatsApp anda.
Menyahsekat pemberitahuan
  1. Pada pelayar anda, klik ikon Penetapan Mudah > Pergi ke tetapan pelayar.
    • Sebagai alternatif, klik Opera > Tetapan.
  2. Klik Lanjutan > Privasi & keselamatan > Tetapan Laman > Pemberitahuan.
  3. Jika "https://web.whatsapp.com" berada di bawah senarai Disekat, klik ikon Lagi di sebelahnya > Benarkan.
Sebagai alternatif, klik ikon kunci di sebelah "web.whatsapp.com". Jika juntai bawah di sebelah Pemberitahuan disetkan kepada Disekat, tukarkannya kepada Benarkan.
Sumber berkaitan:
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak