Perihal umur minimum untuk menggunakan WhatsApp

Jika anda tinggal di negara dalam Kawasan Ekonomi Eropah (termasuk Kesatuan Eropah), dan mana-mana negara atau wilayah lain yang terangkum (secara kolektif dirujuk sebagai Wilayah Eropah), anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun (atau lebih dewasa mengikut undang-undang negara anda) untuk mendaftar dan menggunakan WhatsApp.
Jika anda tinggal di mana-mana negara lain selain Wilayah Eropah, anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 13 tahun (atau lebih dewasa mengikut undang-undang negara anda) untuk mendaftar dan menggunakan WhatsApp.
Sila rujuk Terma Perkhidmatan kami untuk maklumat lanjut.
Nota:
  • Mencipta akaun menggunakan maklumat palsu merupakan tindakan yang melanggar Terma kami.
  • Mendaftarkan akaun bagi pihak seseorang yang bawah umur juga melanggar Terma kami.
Melaporkan kanak-kanak bawah umur
Jika anak anda yang bawah umur telah mencipta akaun WhatsApp, anda boleh tunjukkan kepada mereka cara untuk memadamkan akaun mereka. Anda boleh mengetahui cara untuk memadamkan akaun dalam Pusat Info kami.
Jika anda ingin melaporkan akaun yang dimiliki oleh seseorang yang bawah umur, sila hantarkan e-mel kepada kami. Dalam e-mel anda, sila berikan dokumentasi berikut dan sunting atau sembunyikan mana-mana maklumat peribadi yang tidak berkaitan:
  • Bukti pemilikan nombor WhatsApp tersebut (cth., salinan kad pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan bil telefon dengan nama yang sama)
  • Bukti kewibawaan ibu bapa (cth., salinan sijil kelahiran atau pengambilan anak angkat untuk kanak-kanak bawah umur)
  • Bukti tarikh lahir anak (cth., salinan sijil kelahiran atau pengambilan anak angkat untuk kanak-kanak bawah umur)
Kami akan mengenyahdayakan akaun WhatsApp tersebut dengan segera jika dapat ditentusahkan secara munasabah bahawa akaun WhatsApp tersebut milik kanak-kanak bawah umur. Anda tidak akan menerima pengesahan untuk tindakan ini. Kemampuan kami untuk menyemak dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap laporan akaun akan meningkat dengan ketara jika semua maklumat yang diminta di atas dapat diberikan.
Jika akaun kanak-kanak yang dilaporkan tidak dapat ditentusahkan secara munasabah sebagai milik pengguna bawah umur, maka kami tidak dapat mengambil tindakan terhadap akaun tersebut. Dalam keadaan ini, jika anda bukan ibu bapa kepada kanak-kanak ini, maka kami mengesyorkan agar anda menggalakkan ibu bapa mereka untuk menghubungi kami menggunakan arahan di atas.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak