Cara mengedit foto dan video

Android
iOS
Web dan Komputer meja
Mac
Anda boleh memperibadikan foto dan video anda dengan menambahkan pelekat, emoji, teks, lukisan tangan, dan penapis dan banyak lagi.
Mengedit foto dan video
Mengambil foto atau video baharu
  1. Ketik pada sembang.
  2. Ketik
    camera
    atau
    attach
    >
    camera
    .
  3. Ketik Video atau Foto, kemudian ambil foto baharu atau rakamkan video baharu.
  4. Mula mengedit foto atau video anda.
Menggunakan foto atau video sedia ada
  1. Ketik pada sembang.
  2. Ketik
    camera
    atau
    attach
    >
    photos and videos
    .
  3. Pilih foto atau video.
  4. Mula mengedit foto atau video anda.
Melaraskan kualiti mesej foto atau video anda
Ketik
hd media
, kemudian ketik:
    • Kualiti standard untuk menghantar foto atau video berkualiti standard. Foto dan video berkualiti standard kurang menggunakan data dan dihantar lebih cepat berbanding dengan foto dan video berkualiti HD.
    • Kualiti HD untuk menghantar foto atau video berkualiti tinggi. Foto dan video berkualiti HD adalah lebih jelas berbanding dengan foto dan video berkualiti Standard, tetapi menggunakan lebih banyak data dan mengambil masa yang lebih lama untuk dihantar.
Nota: Media HD tidak tersedia untuk pengemaskinian status atau gambar profil pada masa ini.
Memangkas atau memutarkan foto atau video anda
  1. Ketik
    crop or rotate
    .
    • Untuk memangkas foto anda, seretkan mana-mana pemegang, kemudian seretkan pemegang ke dalam atau ke luar mengikut saiz yang diingini.
    • Untuk memutarkan foto, ketik
      rotate
      berulang kali.
    • Ketik Batal untuk membuat asal semua perubahan anda dan kembali kepada saiz dan putaran asal.
  2. Ketik Selesai setelah anda selesai.
Memotong video
  1. Seretkan peluncur pada bahagian atas untuk memotong video.
  2. Ketik
    play
    untuk pratonton video anda yang baru dipotong.
Menggunakan penapis pada foto atau video anda
  1. Leret ke atas pada foto atau video.
  2. Ketik pada penapis.
  3. Ketik pada foto atau video untuk meneruskan suntingan.
Menambahkan pelekat atau emoji dalam foto atau video anda
  1. Ketik
    > Pelekat atau Emoji.
  2. Ketik pelekat atau emoji yang ingin anda guna.
    • Untuk mengalihkan item, ketik dan tahan item tersebut, kemudian seretkan item.
    • Untuk mengubah semula saiz item, cubit ke dalam atau ke luar untuk mengecilkan atau membesarkan saiz item.
    • Untuk memutarkan item, cubit dan putarkan item tersebut.
  3. Ketik di mana-mana sahaja pada foto anda setelah anda selesai.
  4. Untuk memadamkan emoji atau pelekat, seretkan emoji atau pelekat ke
    delete editing status
    .
Menambahkan teks dalam foto atau video anda
  1. Ketik
    text
    pada bahagian atas skrin.
  2. Masukkan teks dalam kotak teks.
  3. Ketik Selesai, atau di mana-mana sahaja pada foto atau video setelah anda selesai menaipkan teks.
  4. Untuk memadamkan kotak teks, seretkan kotak ke
    delete editing status
    .
Menukar paparan teks anda
  1. Ketik pada kotak teks untuk menukar warna teks dan jenis fon.
    • Untuk menukar warna teks, luncurkan jari anda ke atas dan ke bawah pada Pemilih warna atau ketik pada warna.
    • Ketik jenis fon pada bahagian bawah skrin untuk memilih fon.
  2. Ketik Selesai untuk membuat perubahan lain pada teks anda.
    • Untuk mengubah semula saiz teks, cubit ke dalam atau ke luar untuk mengecilkan atau membesarkan saiz teks.
    • Untuk memutarkan teks, cubit dan putarkan kotak teks.
    • Untuk mengalihkan kotak teks, seretkan kotak ke lokasi baharu.
Menambahkan kapsyen
Masukkan kapsyen dalam kotak teks. Ketik
untuk menambahkan emoji.
Melukis pada foto atau video anda
  1. Ketik
    draw
    .
  2. Pilih warna dan ketebalan pen.
    • Untuk menukar warna pen, luncurkan jari anda ke atas dan ke bawah pada Pemilih warna.
    • Anda boleh menukar ketebalan pen dengan mengetik salah satu daripada ikon
      brush small
      di bawah foto anda.
  3. Gunakan jari anda untuk membuat lukisan tangan.
    • Untuk memadamkan garisan semasa melukis, ketik
      undo
      .
  4. Ketik Selesai setelah anda selesai.
Mengaburkan semua atau sebahagian daripada foto
  1. Ketik
    draw
    >
    brush small
    .
  2. Gunakan jari anda untuk mengaburkan mana-mana bahagian foto.
    • Ketik
      undo
      untuk membuat asal efek kabur.
  3. Ketik Selesai setelah anda selesai.
Membisukan video anda
Ketik
mute video
untuk mematikan audio dalam video anda.
Menghantar media anda
Setelah anda selesai mengedit media anda, ketik
. Ketik kenalan atau kumpulan untuk dihantarkan media anda, kemudian ketik
send
untuk menghantar media tersebut.
Sumber berkaitan
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak