Â
Cara mengedit foto dan video
Android
iPhone
Web dan Komputer meja
Mac
WhatsApp membolehkan anda memperibadikan foto dan video anda dengan memasukkan pelekat, emoji, teks, lukisan tangan dan penapis.
Mengedit foto dan video
Ambil foto atau video baharu
- Ketik atau>.
- Ketik Video atau Foto, kemudian ambil foto baharu atau rakam video baharu.
- Mula mengedit foto atau video anda.
Menggunakan foto atau video sedia ada
- Ketik atau>.
- Pilih foto atau video.
- Mula mengedit foto atau video anda.
Melaraskan kualiti mesej foto atau video anda
- Ketik , kemudian ketik:
- Kualiti standard untuk menghantar foto atau video berkualiti standard. Foto dan video berkualiti standard kurang menggunakan data dan dihantar lebih cepat berbanding dengan foto dan video berkualiti HD.
- Kualiti HD untuk menghantar foto atau video berkualiti tinggi. Foto dan video berkualiti HD adalah lebih jelas berbanding dengan foto dan video berkualiti Standard, tetapi menggunakan lebih banyak data dan mengambil masa yang lebih lama untuk dihantar.
- Ketik Selesai.
Nota: Keupayaan untuk menghantar video HD mungkin tidak tersedia di semua negara pada masa ini.
Memangkas atau memutar foto atau video anda
- Ketik .
- Untuk memangkas foto anda, seret mana-mana pemegang, kemudian seretkan pemegang ke dalam atau ke luar mengikut saiz yang diingini.
- Untuk memutarkan foto, ketik berulang kali.
- Ketik Batal untuk membuat asal semua perubahan anda dan kembali kepada saiz dan putaran asal.
- Ketik Selesai setelah anda selesai.
Menggunakan penapis pada foto atau video anda
- Leret ke atas pada foto atau video.
- Pilih penapis.
- Ketik pada foto atau video untuk meneruskan pengeditan.
Memasukkan pelekat atau emoji dalam foto atau video anda
- Ketik> Pelekat atau Emoji.
- Ketik item yang ingin anda gunakan.
- Untuk mengalihkan item, ketik dan tahan item tersebut, kemudian seret item.
- Untuk mengubah semula saiz item, cubit ke dalam atau ke luar untuk mengecilkan atau membesarkan saiz item.
- Untuk memutarkan item, cubit dan putarkan item tersebut.
- Ketik di mana-mana sahaja pada foto anda setelah anda selesai.
- Untuk memadamkan emoji atau pelekat, seret ke .
Memasukkan teks dalam foto atau video anda
- Ketik pada bahagian atas skrin.
- Taipkan teks yang diingini dalam kotak teks.
- Ketik Selesai setelah anda selesai.
- Untuk memadamkan kotak teks, seret ke .
Menukar paparan teks anda
- Ketik pada kotak teks untuk menukar warna teks dan jenis fon.
- Untuk menukar warna teks, luncurkan jari anda ke atas dan ke bawah pada Pemilih warna.
- Untuk menukar jenis fon, ketik berulang kali. Fon akan berubah setiap masa. Ketik pada skrin untuk mengesahkan jenis fon baharu.
- Ketik Selesai untuk membuat perubahan lain pada teks anda.
- Untuk mengubah semula saiz teks, cubit ke dalam atau ke luar untuk mengecilkan atau membesarkan saiz teks.
- Untuk memutarkan teks, cubit dan putarkan kotak teks.
- Untuk mengalihkan kotak teks, seret kotak ke lokasi baharu.
- Ketik di mana-mana sahaja pada skrin setelah anda selesai.
Melukis pada foto atau video anda
- Ketik .
- Pilih warna dan ketebalan pen.
- Untuk menukar warna pen, luncurkan jari anda ke atas dan ke bawah pada Pemilih warna.
- Anda boleh menukar ketebalan pen dengan mengetik pada salah satu daripada ikon di bawah foto anda.
- Gunakan jari anda untuk membuat lukisan tangan.
- Untuk memadamkan garisan semasa melukis, ketik .
- Ketik Selesai setelah anda selesai.
Mengaburkan semua atau sebahagian daripada foto
- Ketik >.
- Gunakan jari anda untuk mengaburkan mana-mana bahagian foto.
- Ketik untuk membuat asal efek kabur.
- Ketik Selesai setelah anda selesai.
Membisukan video anda
Ketik
untuk mematikan audio dalam video anda.

Menghantar media anda
Setelah anda selesai mengedit media anda, ketik
.

Sumber berkaitan
Cara menghantar media