Â
Perihal menggunakan ciri opsyenal Syarikat Meta jika anda memilih untuk tidak berkongsi maklumat akaun WhatsApp dengan Meta
Kami menyedari bahawa sesetengah pengguna pada tahun 2016 memilih untuk tidak mengongsikan maklumat akaun WhatsApp mereka dengan Facebook bagi menambah baik siaran iklan dan pengalaman produk Facebook mereka. Sejak itu, kami telah mula menyediakan ciri opsyenal baharu yang membantu menghubungkan pengalaman WhatsApp anda dengan Syarikat Meta lain. Ciri ini mungkin memerlukan perkongsian maklumat anda dengan Facebook seperti yang dijelaskan dalam dasar privasi yang terpakai. Anda mempunyai pilihan untuk tidak menggunakan ciri ini.
- Kedai Facebook: Jika anda memilih untuk menggunakan ciri ini, WhatsApp tidak akan mengongsikan maklumat akaun anda dengan Facebook untuk anda melihat produk di kedai Facebook.