Â
Cara mengurus pemberitahuan anda
Android
iPhone
KaiOS
Web dan Komputer meja
Windows
Keutamaan pemberitahuan boleh dikendalikan dalam seting WhatsApp anda dengan mudah. iPhone akan memaparkan pemberitahuan tolak secara automatik untuk memberi anda isyarat tentang mesej masuk.
Aplikasi iOS boleh menyediakan tiga jenis pemberitahuan:
- Bunyi: Isyarat yang boleh didengar dimainkan.
- Isyarat/Sepanduk: Isyarat atau sepanduk muncul pada skrin.
- Lencana: Imej atau nombor muncul pada ikon aplikasi.
Untuk membuat perubahan kepada keutamaan pemberitahuan anda:
Buka WhatsApp > ketik Seting> Pemberitahuan. Semak jika Tunjuk Pemberitahuan didayakan untuk Pemberitahuan Mesej dan Kumpulan.
Menyenyapkan sembang individu atau kumpulan
Anda boleh mematikan getaran atau bunyi yang anda alami dalam aplikasi. Buka WhatsApp > Seting > Pemberitahuan > Pemberitahuan Dalam Aplikasi.
Menyelesaikan masalah pemberitahuan
Pastikan bahawa seting pemberitahuan anda dihidupkan dalam seting WhatsApp dan iPhone anda.
Jika anda telah mengesahkan bahawa seting pemberitahuan anda adalah betul dan anda masih tidak menerima pemberitahuan, hal ini mungkin disebabkan oleh masalah dengan sambungan atau iOS anda.
Sila ambil perhatian bahawa penghantaran pemberitahuan dikawal sepenuhya oleh Perkhidmatan Pemberitahuan Tolak Apple (Apple’s Push Notification Service, APNS) dan WhatsApp tidak dapat menyelesaikan masalah berkenaan dengan perkhidmatan ini. Jika seseorang menghantarkan anda mesej ketika anda berada di luar talian, mesej tersebut akan dihantar kepada APNS untuk dihantarkan kepada telefon anda. WhatsApp tidak mempunyai kawalan atau keterlihatan atas penghantaran pemberitahuan ini. Isu ini mungkin berlaku dalam WhatsApp, tetapi isu ini berpunca daripada APNS atau iOS.
Biasanya, satu-satunya cara untuk menyelesaikan isu ini adalah dengan memulihkan telefon anda kepada seting kilang dan mengesetkan telefon seperti baharu.
Nota: Jika anda memulihkan sandaran, anda mungkin juga akan memulihkan isu. Pemberitahuan tolak memerlukan kad SIM yang sah dan sambungan selular atau Wi-Fi yang aktif.