Cara membuat panggilan video

Ciri panggilan video membenarkan anda membuat panggilan video kepada kenalan anda menggunakan WhatsApp.
Membuat panggilan video
  1. Buka sembang WhatsApp dengan kenalan yang ingin anda hubungi melalui panggilan video.
  2. Ketik Panggilan video
    .
Sebagai alternatif, buka WhatsApp, kemudian ketik tab PANGGILAN > Panggilan baharu
. Cari kenalan yang ingin anda hubungi melalui panggilan video, kemudian ketik Panggilan video
.
Menerima panggilan video
Jika telefon anda dikunci, anda akan melihat skrin Panggilan video WhatsApp masuk apabila seseorang membuat panggilan video kepada anda. Anda boleh:
  • Leret ke atas untuk terima
    .
  • Leret ke atas untuk tolak
    .
  • Leret ke atas untuk balas
    untuk menolak panggilan dengan mesej ringkas.
Sekiranya telefon anda tidak dikunci, anda akan melihat pop timbul Panggilan video masuk apabila seseorang membuat panggilan video kepada anda. Anda boleh mengetik Tolak atau Jawab.
Menukar antara panggilan video dengan panggilan suara
Menukar daripada panggilan video kepada panggilan suara
  1. Ketika berada dalam panggilan video, ketik Matikan video
    , yang akan memaklumkan kenalan yang sedang berada dalam panggilan video dengan anda.
  2. Selepas kenalan mematikan video mereka, panggilan tersebut akan bertukar kepada panggilan suara.
Menukar daripada panggilan suara kepada panggilan video
  1. Ketika berada dalam panggilan suara, ketik Panggilan video
    > TUKAR.
  2. Kenalan yang berada dalam panggilan suara dengan anda akan melihat permintaan untuk bertukar kepada panggilan video dan boleh menerima atau menolak penukaran tersebut.
Nota:
  • Pastikan anda dan kenalan anda mempunyai sambungan Internet yang kukuh apabila membuat atau menerima panggilan video grup. Kualiti panggilan video bergantung pada kenalan yang mempunyai sambungan yang paling lemah.
  • Panggilan video hanya tersedia pada telefon Android yang menggunakan OS 4.1 atau lebih baru.
Sumber berkaitan:
  • Cara membuat panggilan video grup pada: Android | iPhone
  • Cara membuat panggilan video pada iPhone
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak