Cara memadamkan sembang

Memadamkan sembang individu
  1. Dalam tab Sembang, leret ke kiri pada sembang yang ingin anda padamkan.
  2. Ketik Lagi > Padam Sembang > Padam Sembang.
Secara alternatif, ketik Edit di sudut atas tab Sembang > Pilih sembang yang ingin anda padamkan > Ketik Padam > Padamkan Sembang.
Memadamkan sembang grup
Untuk memadam sembang grup, anda perlu keluar daripada grup tersebut terlebih dahulu:
  1. Dalam tab Sembang, leret ke kiri pada sembang grup yang ingin anda padamkan.
  2. Ketik Lagi > Keluar grup > Keluar grup.
  3. Leret ke kiri pada sembang grup > ketik Padam Grup > Padam Grup.
Memadamkan kesemua sembang sekali gus
  1. Pergi ke Seting WhatsApp > Sembang > Padam Semua Sembang.
  2. Masukkan nombor telefon anda > ketik Padam Semua Sembang.
Sembang individu akan dipadamkan daripada tab Sembang anda. Walau bagaimanapun, sembang grup masih akan kelihatan dalam tab Sembang anda, dan anda tetap akan menjadi sebahagian daripada grup tersebut kecuali jika anda keluar daripadanya.
Sumber berkaitan:
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak