Perihal privasi status

Pengemaskinian status anda hanya boleh dilihat oleh seseorang jika anda menyimpan nombor telefon mereka pada buku alamat telefon anda dan sebaliknya. Anda boleh memilih untuk berkongsi pengemaskinian status anda dengan semua kenalan atau dengan kenalan yang tertentu sahaja. Secara lalai, pengemaskinian status anda dikongsikan dengan semua kenalan anda.
Mengubah privasi status anda
  1. Ketik Status.
    • Android: Ketik Pilihan lain
      > Privasi status.
    • iPhone: Ketik Privasi.
  2. Pilih salah satu daripada pilihan berikut:
    • Kenalan saya: Semua kenalan anda dapat melihat pengemaskinian status anda.
    • Kenalan saya kecuali...: Hanya kenalan dalam buku alamat telefon anda, kecuali mereka yang anda kecualikan, dapat melihat pengemaskinian status anda.
    • Hanya kongsikan dengan…: Hanya kenalan yang anda pilih dapat melihat pengemaskinian status anda.
Nota:
  • Perubahan kepada tetapan privasi anda tidak akan menjejaskan pengemaskinian status yang telah anda hantar.
  • Jika anda telah mengenyahdayakan resit dibaca, anda tidak akan melihat kenalan yang telah melihat pengemaskinian status anda. Jika seorang kenalan telah mengenyahdayakan resit dibaca, anda tidak akan dapat mengetahui jika mereka telah melihat pengemaskinian status anda.
Berkongsi pengemaskinian status pada Cerita Facebook dan aplikasi lain
Jika anda berkongsi pengemaskinian status anda, kandungan pengemaskinian status anda akan dikongsikan dengan aplikasi lain. Apabila berkongsi pengemaskinian status anda, WhatsApp tidak akan kongsikan maklumat akaun anda dengan Facebook atau aplikasi lain.
Sumber berkaitan
  • Ketahui cara menggunakan status pada: Android | iPhone
  • Ketahui cara berkongsi pengemaskinian status WhatsApp pada aplikasi lain dalam artikel ini.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak