Perihal bersembang dengan perniagaan

Di WhatsApp, mudah untuk anda membezakan antara akaun peribadi dengan akaun perniagaan. Dalam sembang individu, ketik pada nama kenalan untuk melihat profil mereka. Jika mereka pemilik perniagaan, profil mereka akan mempunyai salah satu label yang berikut:
  • Akaun perniagaan: Ini ialah status lalai untuk perniagaan yang mencipta akaun pada salah satu produk WhatsApp Business.
    • Nota: Jika nama perniagaan itu dapat dilihat dalam maklumat sembang, hal ini bermakna WhatsApp telah menentukan bahawa jenama atau perniagaan yang sahih memiliki akaun ini. Nama perniagaan tersebut akan kelihatan walaupun anda tidak memasukkan perniagaan itu dalam buku alamat anda.
  • Akaun perniagaan rasmi: WhatsApp telah menentukan bahawa jenama yang terkenal dan sahih memiliki akaun ini. “Akaun perniagaan rasmi” mempunyai lencana tanda semak berwarna hijau pada profil akaun dan bersebelahan pengepala dalam jalur sembang.
    • Nota: "Akaun perniagaan rasmi" tidak bermaksud bahawa WhatsApp menyokong perniagaan ini. Hal ini hanya bermaksud bahawa perniagaan tersebut mewakili individu, jenama atau entiti yang terkenal dan sering dicari di Internet.
Mengapakah saya melihat mesej sistem baharu dalam sembang WhatsApp saya?
Sesetengah perniagaan yang bersembang dengan anda di WhatsApp mungkin memilih untuk menggunakan Facebook atau syarikat lain untuk membantu mereka mengendalikan dan menyimpan mesej mereka.
Anda akan melihat mesej berikut, apabila perniagaan memilih untuk:
  • Menggunakan rakan kongsi: Anda akan melihat mesej "Perniagaan ini bekerjasama dengan syarikat lain untuk mengendalikan sembang ini."
  • Menggunakan WhatsApp Cloud (Hosted by Meta): Anda akan melihat mesej “Perniagaan ini menggunakan perkhidmatan yang terjamin daripada Syarikat Meta untuk mengendalikan sembang ini.”
Sekiranya perniagaan mengendalikan sembang mereka sendiri, anda akan melihat: "Mesej dan panggilan disulitkan hujung ke hujung. Tiada sesiapa di luar sembang ini, bahkan WhatsApp, boleh membaca atau mendengar perbualan anda."
Walaupun Meta tidak akan menggunakan mesej anda untuk melaporkan iklan yang anda lihat secara automatik, perniagaan akan dapat menggunakan sembang yang mereka terima untuk tujuan pemasaran, yang mungkin termasuk pengiklanan di Meta.
Sekiranya anda tidak mahu menerima mesej daripada perniagaan, anda boleh terus menyekat mereka daripada sembang atau memadam mereka daripada senarai kenalan anda.
Sentiasa peribadi dan dilindungi
Setiap mesej WhatsApp dilindungi oleh protokol penyulitan Signal yang melindungi mesej sebelum dihantar keluar daripada peranti anda. Apabila anda menghantar mesej kepada akaun perniagaan WhatsApp, mesej anda dihantar dengan selamat ke destinasi yang dipilih oleh perniagaan tersebut.
Sumber berkaitan
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak