Perihal bersembang dengan perniagaan

Di WhatsApp, mudah untuk anda membezakan antara akaun peribadi dengan akaun perniagaan. Dalam sembang individu, ketik pada nama kenalan untuk melihat profil mereka. Jika mereka pemilik perniagaan, profil mereka akan mempunyai salah satu label berikut:
  • Akaun perniagaan rasmi: WhatsApp telah menentukan bahawa perniagaan berjenama yang dikenali dan sahih memiliki akaun ini. “Akaun perniagaan rasmi” mempunyai lencana tanda semak berwarna hijau pada profilnya dan bersebelahan pengepala dalam jalur sembang. Nama perniagaan tersebut akan kelihatan walaupun anda tidak menambah perniagaan itu pada buku alamat anda.
  • Akaun perniagaan: Ini ialah status lalai untuk perniagaan yang mencipta akaun pada salah satu produk WhatsApp Business.
Nota: “Akaun perniagaan rasmi” tidak bermaksud bahawa WhatsApp menyokong perniagaan ini.
Mengapakah saya melihat mesej sistem baharu dalam sembang WhatsApp saya?
Sesetengah perniagaan yang bersembang dengan anda di WhatsApp mungkin memilih untuk menggunakan Facebook atau syarikat lain untuk membantu mereka mengendalikan dan menyimpan mesej mereka.
Anda akan melihat mesej berikut, apabila perniagaan memilih untuk:
  • Menggunakan rakan kongsi: Anda akan melihat mesej "Perniagaan ini bekerjasama dengan syarikat lain untuk mengendalikan sembang ini."
  • Menggunakan Perkhidmatan Pengehosan Facebook: Anda akan melihat mesej "Perniagaan ini menggunakan perkhidmatan yang selamat daripada syarikat Facebook untuk mengendalikan sembang ini."
Sekiranya perniagaan mengendalikan sembang mereka sendiri, anda akan melihat: "Mesej dan panggilan disulitkan hujung ke hujung. Tiada sesiapa di luar sembang ini, mahupun WhatsApp, boleh membaca atau mendengarnya."
Walaupun perniagaan memilih untuk menggunakan Facebook untuk mengehoskan mesej mereka, Facebook tidak akan menggunakan mesej anda secara automatik untuk memaparkan iklan yang anda lihat. Sama seperti mana-mana saluran komunikasi lain, seperti pusat panggilan atau e-mel, perniagaan dapat menggunakan interaksi dengan pelanggan untuk tujuan pemasaran mereka, termasuk pengiklanan pada Facebook atau di tempat lain. Anda boleh menghubungi perniagaan untuk mengetahui lebih lanjut tentang amalan privasi mereka.
Sekiranya anda tidak mahu menerima mesej daripada perniagaan, anda boleh terus menyekat mereka daripada sembang atau memadam mereka daripada senarai kenalan anda.
Sentiasa peribadi dan dilindungi
Setiap mesej WhatsApp dilindungi oleh protokol penyulitan Signal yang melindungi mesej sebelum dihantar keluar daripada peranti anda. Apabila anda menghantar mesej kepada akaun perniagaan WhatsApp, mesej anda dihantar dengan selamat ke destinasi yang dipilih oleh perniagaan tersebut.
Sumber berkaitan
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak