Cara mencari di WhatsApp

Anda boleh mencari mesej, foto, video, pautan, GIF, audio dan dokumen di WhatsApp dengan mudah menggunakan ciri carian WhatsApp.
Mencari sembang menggunakan kata kunci
Ciri carian membenarkan anda mencari sembang anda pada peranti menggunakan kata kunci.
  1. Buka WhatsApp.
  2. Ketik Carian
    .
  3. Taipkan perkataan atau frasa yang ingin anda cari dalam medan Carian.
  4. Ketik pada hasil carian untuk membuka mesej tersebut dalam sembang.
Mencari media menggunakan penapis
Anda juga boleh mencari media seperti foto, video, pautan, GIF, audio dan dokumen dalam sembang anda, menggunakan penapis dalam ciri carian.
  1. Buka WhatsApp.
  2. Ketik Carian
    .
  3. Taipkan perkataan atau frasa yang ingin anda cari dalam medan Carian.
  4. Pilih jenis media yang ingin anda cari.
  5. Ketik pada hasil carian untuk membuka mesej tersebut dalam sembang.
Menapis media mengikut jenis kandungan
Anda boleh melihat semua foto, video, pautan, GIF, audio atau dokumen.
  1. Buka WhatsApp.
  2. Ketik Carian
    .
  3. Ketik Foto, Video, Pautan, GIF, Audio atau Dokumen untuk melihat media dalam kategori tersebut.
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak