Berkongsi pautan katalog

Katalog membolehkan pelanggan sedia ada dan berpotensi untuk menyemak lalu produk atau perkhidmatan, membuat pertanyaan dan berhubung dengan perniagaan tersebut. Pelanggan boleh memilih produk atau perkhidmatan yang mereka minati dan berkongsikannya dengan rakan-rakan atau menghantar mesej kepada perniagaan untuk sebarang pertanyaan tentang produk tersebut.
Untuk berkongsi produk atau perkhidmatan daripada katalog:
  1. Pergi ke Katalog
  2. Pilih item atau perkhidmatan yang ingin anda kongsikan
  3. Ketik pada tiga titik di sudut kanan atas
  4. Anda boleh berkongsi item tertentu dalam katalog anda dengan kenalan anda atau pembeli berpotensi di mana-mana dengan memilih salah satu pilihan berikut:
    • Majukan: Untuk berkongsi pautan item dengan orang lain melalui WhatsApp.
    • Kongsi: Untuk berkongsi pautan item melalui e-mel atau aplikasi pemesejan pihak ketiga yang lain.
  5. Pilih sembang grup atau sembang individu yang ingin anda kongsikan item atau perkhidmatan.
  6. Ketik Hantar
Pautan yang dikongsikan akan membuka item/katalog secara langsung jika penerima melihat kandungan pautan dalam apl WhatsApp Messenger atau WhatsApp Business.
Namun, jika pautan katalog tersebut dikongsikan melalui e-mel atau pelayar, pemilih akan dibuka untuk membolehkan pengguna memilih aplikasi yang akan digunakan untuk membuka pautan tersebut.
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak