Â
Cara membuat panggilan video kumpulan
Android
iPhone
Panggilan kumpulan membenarkan peserta untuk menyertai panggilan video dengan satu sama lain menggunakan WhatsApp. Apabila anda menerima panggilan video kumpulan, skrin panggilan video kumpulan WhatsApp masuk akan menunjukkan peserta yang sedang berada dalam panggilan, dan kenalan pertama yang tersenarai ialah peserta yang telah menyertakan anda dalam panggilan. Sejarah panggilan video kumpulan akan muncul dalam tab PANGGILAN. Anda boleh mengetik sejarah panggilan untuk melihat setiap peserta daripada panggilan tersebut. Anda juga boleh menyertai panggilan yang terlepas jika panggilan tersebut masih berlangsung.
Membuat panggilan video kumpulan
Membuat panggilan video kumpulan daripada sembang kumpulan
- Buka sembang kumpulan WhatsApp yang ingin dihubungi melalui panggilan video.
- Sekiranya sembang kumpulan anda mempunyai 32 atau kurang peserta, ketik Panggilan videodan sahkan keputusan anda.
Nota: Sekiranya terdapat lebih daripada 32 peserta, ketik Panggilan kumpulan
dan pilih sehingga 32 orang untuk menyertai panggilan video anda. Kemudian ketik Panggilan video
.


Membuat panggilan video kumpulan daripada tab PANGGILAN
- Buka WhatsApp, kemudian ketik tab PANGGILAN.
- Ketik Panggilan baru> Panggilan kumpulan baru.
- Cari kenalan yang ingin anda tambahkan pada panggilan, kemudian ketik Panggilan video.
Membuat panggilan video kumpulan daripada sembang individu
- Buka sembang WhatsApp dengan salah seorang daripada kenalan yang ingin anda buat panggilan video.
- Ketik Panggilan video.
- Selepas kenalan menerima panggilan tersebut, ketik Buka> Tambah peserta.
- Cari kenalan lain yang ingin disertakan dalam panggilan, kemudian ketik TAMBAH.
- Ketik Tambah peserta jika anda ingin menambahkan lagi kenalan.
Menyertai panggilan video kumpulan
Menyertai panggilan video kumpulan masuk
- Anda akan menerima pemberitahuan apabila seseorang mengundang anda untuk menyertai panggilan video kumpulan.
- Untuk membuka skrin info panggilan, ketik Sertai.
Nota: Sekiranya anda belum bersedia untuk menyertai panggilan tersebut, ketik Abaikan.
- Daripada menu panggilan, anda boleh pratonton peserta panggilan dan undangan lain.
- Ketik Sertai untuk menyertai panggilan tersebut.
- Ketika berada dalam panggilan, ketik Bukauntuk membuka skrin info panggilan.
- Ketik Tambah Peserta untuk memasukkan lebih ramai kenalan dalam panggilan.
- Ketik HUBUNGI untuk menghantar pemberitahuan kepada orang yang telah diundang.
Sertai panggilan video kumpulan yang terlepas melalui tab PANGGILAN
- Jika panggilan masih berlangsung, ketik panggilan yang ingin disertai. Ini akan membuka skrin info panggilan.
- Daripada menu panggilan, ketik Sertai.
Menyertai panggilan video kumpulan terlepas melalui sembang kumpulan
Sekiranya panggilan dimulakan daripada sembang kumpulan, anda boleh menyertai panggilan tersebut dengan membuka sembang tersebut dan mengetik Sertai.
Menyenyapkan orang lain
Anda boleh menyenyapkan peserta lain dalam panggilan kumpulan. Untuk melakukan sedemikian, ketik dan tahan nama peserta. Kemudian tekan Senyapkan. Peserta boleh mengenyahsenyapkan diri sendiri pada bila-bila masa dengan mengetik ikon mikrofon. Anda boleh menghantar mesej kepada peserta secara terus pada panggilan kumpulan dengan mengetik dan menahan jubin mereka.
Nota:
- Hanya 8 peserta boleh aktif dalam panggilan video pada satu masa.
- Pastikan anda dan kenalan anda mempunyai sambungan Internet yang kukuh apabila membuat atau menerima panggilan video kumpulan. Kualiti panggilan video bergantung pada kenalan yang mempunyai sambungan yang paling lemah.
- Semasa dalam panggilan video kumpulan, anda boleh mematikan video anda dengan mengetik Matikan video.
- Anda tidak boleh mengalih keluar kenalan ketika berada dalam panggilan video kumpulan. Kenalan tersebut perlu meletakkan telefon untuk memutuskan sambungan panggilan.
- Anda boleh berada dalam panggilan video kumpulan dengan seseorang yang telah anda sekat. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh memasukkan kenalan yang telah anda sekat atau yang telah menyekat anda dalam panggilan tersebut.
- Panggilan video hanya tersedia pada telefon Android yang menggunakan OS 4.1 atau lebih baharu.
Sumber berkaitan: