Cara menggunakan ciri panggilan menunggu

Android
iPhone
Jika seseorang cuba membuat panggilan kepada anda di WhatsApp ketika anda sedang berada dalam panggilan suara atau panggilan video WhatsApp, anda akan menerima pemberitahuan yang bergantung pada jenis panggilan. Anda boleh memilih untuk menjawab atau menolak panggilan tersebut. Ini tidak akan mengganggu panggilan yang sedang berlangsung.
Jika seseorang membuat panggilan kepada anda di WhatsApp
Anda boleh memilih daripada opsyen berikut:
  • Tamatkan & Terima: Tamatkan panggilan semasa anda dan terima panggilan masuk.
  • Tolak: Tolak panggilan masuk dan teruskan panggilan semasa.
Jika seseorang membuat panggilan kepada anda luar daripada WhatsApp
Jika seseorang cuba membuat panggilan kepada anda melalui talian tetap atau telefon mudah alih luar daripada WhatsApp semasa anda sedang berada dalam panggilan suara atau panggilan video WhatsApp, anda boleh mengetik:
  • Tamatkan & Terima: Tamatkan panggilan semasa anda dan terima panggilan masuk.
  • Tolak: Tolak panggilan masuk dan teruskan panggilan semasa.
Nota:
  • Bergantung pada pembekal anda, anda mungkin dikenakan caj untuk panggilan telefon yang dibuat luar daripada WhatsApp. Anda mungkin juga akan dikenakan caj untuk panggilan suara atau panggilan video yang dibuat di WhatsApp jika anda menggunakan perayauan data atau telah melebihi had data anda.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak