Cara membuat perubahan kepada grup

Secara lalai, mana-mana peserta grup boleh menukar ikon subjek atau deskripsi. Walau bagaimanapun, seorang pentadbir grup boleh menukar tetapan grup untuk membenarkan pentadbir sahaja untuk mengedit info grup.
Menukar info grup
Menukar subjek grup
  1. Buka sembang grup WhatsApp, kemudian tekan Pilihan > Info grup > OK.
  2. Pilih subjek grup, kemudian tekan Edit.
  3. Masukkan subjek baru, kemudian tekan Simpan.
    • Had subjek adalah 25 aksara.
Menukar ikon grup
  1. Buka sembang grup WhatsApp, kemudian tekan Pilihan > Info grup > OK.
  2. Pilih ikon grup, kemudian tekan Pilihan.
  3. Tekan Pilih foto dan pilih daripada Kamera atau Galeri untuk menambah imej.
  4. Tekan Selesai.
Menukar deskripsi grup
  1. Buka sembang grup WhatsApp, kemudian tekan Pilihan > Info grup.
  2. Pilih deskripsi grup, kemudian tekan Edit.
  3. Masukkan deskripsi baharu, kemudian tekan Simpan.
Sumber berkaitan:
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak