Tidak dapat menukar nombor telefon

Sekiranya anda mengalami masalah menggunakan ciri tukar nombor, pastikan bahawa:
  • Nombor telefon lama yang telah anda masukkan pada masa ini didaftarkan pada akaun WhatsApp anda. Anda boleh melihat nombor telefon yang telah didaftarkan dengan pergi ke Tetapan WhatsApp, kemudian mengetik pada ikon foto profil anda. Jika nombor telefon lama anda tidak didaftarkan, sila daftarkannya terlebih dahulu sebelum anda cuba menukar nombor telefon anda sekali lagi.
  • Anda mempunyai kad SIM yang aktif dan berfungsi untuk nombor telefon baharu yang ingin anda gunakan dengan WhatsApp.
  • Anda mempunyai sambungan selular yang kuat dan stabil.
  • Telefon anda mempunyai storan dalaman yang mencukupi.
Jika anda mempunyai masalah mendaftarkan nombor telefon baharu selepas anda menukar nombor telefon, sila baca lebih lanjut tentang pendaftaran pada Android atau iPhone.
Nota: Menukar nombor telefon anda tidak disokong pada KaiOS. Walau bagaimanapun, anda boleh mendaftarkan nombor telefon baharu anda pada WhatsApp dengan menjalani proses pendaftaraan. Maklumat akaun lama anda tidak akan dipindahkan kepada nombor telefon baharu dan anda akan kehilangan sembang individu dan sembang grup anda.
Sumber berkaitan:
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak