Cara mengesahkan nombor telefon anda

Android
iPhone
KaiOS
WhatsApp memerlukan nombor telefon yang aktif untuk mencipta akaun. Jika anda mengalami isu untuk membuat pengesahan, sila sahkan yang berikut:
  • Anda mempunyai WhatsApp versi terkini dipasang daripada App Store.
  • Anda telah memasukkan nombor telefon antarabangsa yang lengkap, termasuk kod negara (atau pilih negara anda daripada senarai negara).
    • Contoh nombor telefon AS: + 1 408 XXX-XXXX.
  • Abaikan sebarang angka kosong (0) di hadapan atau kod keluar daripada nombor anda.
  • Telefon anda mempunyai akses Internet sepenuhnya dengan isyarat yang kuat. Cuba buka satu halaman web untuk memastikannya.
  • Telefon anda boleh menerima mesej SMS antarabangsa.
  • Anda tidak menggunakan peranti yang tidak disokong seperti iPod Touch atau iPad.
  • Peranti anda tidak digodam (jailbroken).
  • Pastikan anda menggunakan nombor telefon yang disokong. Nombor telefon yang tidak disokong tidak boleh didaftarkan di WhatsApp dan merangkumi:
  • VoIP
  • Talian tetap (Nota: Talian tetap hanya diterima pada aplikasi WhatsApp Business)
  • Nombor bebas tol
  • Nombor premium berbayar
  • Nombor akses universal (UAN)
  • Nombor peribadi
Selepas anda memasukkan nombor telefon anda, sila tunggu SMS yang akan dihantar kepada telefon anda. SMS tersebut akan mengandungi kod pengesahan 6 digit, yang boleh anda masukkan pada skrin pengesahan di WhatsApp. Kod pengesahan adalah unik dan berubah setiap kali anda mengesahkan nombor telefon atau peranti yang baharu. Sila jangan meneka kod pengesahan kerana anda mungkin akan terkunci keluar buat beberapa waktu.
Nota: Jika anda telah mendayakan iCloud Keychain dan telah mengesahkan nombor ini sebelum ini, anda mungkin akan disahkan secara automatik tanpa menerima kod SMS baharu.
Jika anda tidak menerima kod anda melalui SMS, sistem automatik kami boleh memberikan kod anda melalui panggilan telefon. Sila tunggu untuk pemasa lima minit selesai mengira detik dan jangan edit nombor anda ketika ini. Selepas lima minit, ketik Hubungi Saya.
Nota: Bergantung pada pembekal perkhidmatan anda, anda mungkin dikenakan caj untuk SMS dan panggilan telefon.
Jika anda telah mengikuti langkah-langkah berikut dan tidak boleh menerima kod, sila lakukan yang berikut:
  1. Nyahpasang WhatsApp daripada iPhone anda.
  2. But semula iPhone anda > matikan dan kemudian hidupkan iPhone anda semula.
  3. Muat turun WhatsApp versi terkini daripada App Store.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak