Apakah maklumat yang dikongsikan oleh WhatsApp dengan Syarikat Meta?

Pada masa ini WhatsApp berkongsi kategori maklumat tertentu dengan Syarikat Meta. Maklumat yang kami kongsikan dengan Syarikat Meta yang lain termasuk maklumat pendaftaran akaun anda (seperti nombor telefon), data transaksi (sebagai contoh, jika anda menggunakan Facebook Pay atau Kedai di WhatsApp), maklumat berkaitan perkhidmatan, maklumat tentang cara anda berinteraksi dengan perniagaan apabila menggunakan Perkhidmatan kami, maklumat peranti mudah alih, alamat IP anda dan mungkin termasuk maklumat lain yang dikenal pasti dalam bahagian Dasar Privasi bertajuk 'Maklumat yang Kami Kumpulkan" atau matlumat yang diperoleh setelah memaklumkan kepada anda atau dengan persetujuan anda.
Kami mengehadkan maklumat yang kami kongsikan dengan Meta dalam cara yang signifikan. Sebagai contoh, kami akan sentiasa melindungi perbualan peribadi anda dengan ciri penyulitan hujung ke hujung, jadi WhatsApp mahupun Meta tidak dapat melihat mesej peribadi tersebut. Kami tidak menyimpan log penghantaran mesej atau panggilan yang dibuat oleh pengguna dan tidak dapat melihat lokasi yang anda kongsikan, jadi kami tidak boleh dan tidak akan berkongsi maklumat ini dengan Meta. Kami memerlukan kenalan anda untuk menyediakan perkhidmatan, tetapi tidak berkongsi kenalan anda dengan Meta. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang batasan ini di sini.
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak