Perihal menggunakan satu akaun WhatsApp pada berbilang telefon, atau dengan berbilang nombor telefon

Akaun WhatsApp anda hanya boleh disahkan dengan satu nombor pada satu telefon. Jika anda mempunyai telefon dwiSIM (dual SIM), sila ambil perhatian bahawa anda masih perlu memilih satu nombor untuk disahkan dengan WhatsApp. Tiada pilihan untuk memiliki akaun WhatsApp dengan dua nombor telefon.
Jika anda kerap menukar akaun WhatsApp anda antara peranti yang berbeza, lama-kelamaan, anda mungkin akan disekat daripada mengesahkan semula akaun anda. Sila jangan bertukar antara peranti dan nombor secara berulang kali.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak