Disekat oleh seseorang

Terdapat beberapa penunjuk bahawa anda mungkin disekat:
  • Anda tidak lagi boleh melihat status terakhir dilihat atau dalam talian kenalan dalam tetingkap sembang. Ketahui lebih lanjut di sini.
  • Anda tidak melihat pengemaskinian pada foto profil kenalan.
  • Sebarang mesej yang dihantar kepada kenalan yang telah menyekat anda akan sentiasa menunjukkan satu tanda semak (mesej dihantar), dan tidak akan menunjukkan dua tanda semak (mesej disampaikan).
  • Sebarang panggilan yang anda cuba lakukan tidak akan berjaya.
Jika anda melihat semua penunjuk di atas pada seorang kenalan, hal ini mungkin bermakna pengguna tersebut menyekat anda. Namun, terdapat kemungkinan lain. Kami dengan sengaja menyamarkan hal ini untuk melindungi privasi anda apabila anda menyekat seseorang. Oleh itu, kami tidak dapat memberitahu anda jika anda telah disekat oleh orang lain.
Ketahui cara menyekat seseorang pada: Android | iPhone
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak