Â
Cara menyemak resit dibaca
Android
iPhone
KaiOS
Tanda semak akan muncul di sebelah setiap mesej yang dihantar. Berikut adalah maksud setiap tanda semak:
- Mesej telah berjaya dihantar.
- Mesej telah berjaya dihantar kepada telefon penerima atau mana-mana peranti terpaut penerima.
- Penerima telah membaca mesej anda.
Nota:
- Tanda semak kedua akan muncul apabila mesej telah dihantar kepada mana-mana peranti terpaut penerima, walaupun telefonnya dimatikan.
- Dalam sembang kumpulan, tanda semak kedua akan muncul apabila semua peserta dalam kumpulan telah menerima mesej anda. Dua tanda semak biru akan muncul apabila semua peserta dalam kumpulan telah membaca mesej anda.
Maklumat mesej
Untuk sebarang mesej yang anda hantar, anda akan dapat melihat skrin maklumat mesej, yang memaparkan butiran tentang masa mesej anda dihantar, dibaca atau dimainkan oleh penerima.
Untuk melihat skrin maklumat mesej:
- Buka sembang individu atau kumpulan.
- Ketik dan tahan mesej yang telah dihantar.
- Ketik . Sebagai alternatif, anda mungkin perlu mengetik Pilihan lain> Maklumat.
Skrin maklumat mesej menunjukkan:
Dihantar:
- Mesej anda telah dihantar kepada telefon atau peranti terpaut penerima, tetapi penerima belum melihat mesej tersebut.
Dibaca atau Dilihat:
- Penerima telah membaca mesej atau melihat gambar, fail audio atau video anda.
- Penerima telah melihat mesej suara anda, tetapi belum memainkan mesej.
Dimainkan:
- Penerima telah memainkan mesej suara anda.
Nota: Apabila peserta keluar daripada kumpulan, skrin Maklumat mesej masih akan menunjukkan maklumat asal dengan semua peserta, termasuk peserta yang telah meninggalkan kumpulan.
Resit dibaca tidak kelihatan
Jika anda tidak melihat dua tanda semak biru, mikrofon biru, atau label "Dibuka" di sebelah mesej yang telah dihantar atau mesej suara anda:
- Anda atau penerima anda mungkin telah mengenyahdayakan resit dibaca dalam tetapan privasi.
- Penerima mungkin telah menyekat anda.
- Penerima mungkin belum membuka perbualan anda.
- Anda atau penerima mungkin sedang mengalami isu sambungan.
Mematikan resit dibaca
Untuk mematikan resit dibaca, ketik Pilihan lain
> Tetapan > Privasi dan matikan Resit dibaca.

Nota: Tindakan ini tidak akan mengenyahdayakan resit dibaca untuk sembang kumpulan atau resit telah dimainkan untuk mesej suara. Tetapan tersebut tidak boleh dimatikan.