Cara memuat turun aplikasi WhatsApp Business

Android
iPhone
WhatsApp Business ialah aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma untuk perniagaan kecil.
Sebelum memuat turun aplikasi, sila beri perhatian tentang perkara berikut:
  • Jika anda telah pun mempunyai akaun WhatsApp Messenger, anda boleh memindahkan maklumat akaun anda dengan mudah, termasuk sejarah sembang dan media kepada akaun WhatsApp Business baharu.
  • Sejarah sembang anda tidak boleh dipindahkan kembali kepada WhatsApp Messenger jika anda memutuskan untuk berhenti menggunakan aplikasi WhatsApp Business.
  • Anda boleh menggunakan aplikasi WhatsApp Business dan WhatsApp Messenger secara serentak selagi akaun tersebut dipautkan kepada nombor telefon yang berlainan. Anda tidak boleh memautkan satu nombor telefon kepada kedua-dua aplikasi pada masa yang sama.
Untuk menetapkan aplikasi WhatsApp Business:
  1. Muat turun aplikasi WhatsApp Business daripada App Store Apple.
  2. Sahkan nombor telefon perniagaan anda.
  3. Pulihkan akaun anda daripada sandaran, jika anda mahu.
  4. Tetapkan nama perniagaan anda.
  5. Bina profil anda. Ketik Tetapan > nama perniagaan anda.
Sumber berkaitan:
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak