Cara mengedit profil perniagaan anda

Web dan Komputer meja
Android
iPhone
Profil perniagaan anda membolehkan anda menambah maklumat tentang syarikat anda, termasuk nama perniagaan, alamat, kategori, deskripsi, e-mel, dan tapak web. Orang boleh melihat maklumat ini dengan mudah apabila mereka melihat profil anda.
Petua Perniagaan: Profil perniagaan yang lengkap dan tepat bukan sahaja dapat memberikan maklumat kepada pelanggan anda. Profil ini juga dapat mengurangkan bilangan mesej yang anda terima tentang perkara seperti waktu perniagaan anda.
Untuk melihat profil perniagaan anda, buka aplikasi WhatsApp Business. Kemudian, ketik Pilihan lain
> Alat perniagaan > Profil Perniagaan.
Mengedit foto profil anda
  1. Ketik foto profil anda, kemudian ketik Edit
    .
    • Sebagai alternatif, ketik Edit
      pada foto muka depan anda, kemudian ketik Masukkan atau edit foto profil.
  2. Ketik Kamera untuk mengambil foto baharu, atau ketik Galeri untuk memilih foto sedia ada. Anda juga boleh mengetik Padam
    > ALIH KELUAR untuk mengalih keluar gambar profil semasa anda.
  3. Setelah anda memilih atau mengambil foto baharu, pangkas atau putar foto jika perlu.
  4. Ketik SELESAI.
Nota: Foto profil anda adalah umum secara lalai. Ketahui cara menukar tetapan privasi anda dalam artikel ini.
Mengedit foto muka depan anda
  1. Ketik Edit
    pada foto muka depan anda.
  2. Ketik Tambah atau edit foto muka depan.
  3. Ketik Kamera untuk mengambil foto baharu, atau ketik Galeri untuk memilih foto sedia ada. Anda juga boleh mengetik Padam
    > ALIH KELUAR untuk mengalih keluar foto muka depan semasa anda.
  4. Setelah anda memilih atau mengambil foto baharu, pangkas atau putar foto jika perlu.
  5. Ketik SELESAI.
Nota: Foto muka depan anda adalah umum secara lalai.
Mengedit nama perniagaan anda dan deskripsi
  1. Ketik Edit
    pada medan yang ingin anda kemas kini.
  2. Lakukan pengemaskinian.
  3. Ketik OK atau SIMPAN.
Mengedit kategori perniagaan anda
  1. Ketik Edit
    pada medan kategori.
  2. Pilih sehingga tiga kategori yang relevan untuk perniagaan anda.
Mengedit alamat perniagaan anda
  1. Ketik Edit
    pada medan alamat.
  2. Ketik medan Alamat perniagaan, kemudian masukkan alamat perniagaan anda.
  3. Anda juga boleh mengemas kini lokasi peta anda dengan mengetik SETKAN LOKASI PADA PETA atau KEMAS KINI LOKASI PADA PETA. Kemas kini alamat perniagaan anda pada peta, kemudian ketik SELESAI.
    Nota: Tindakan ini hanya akan menukar lokasi perniagaan anda pada peta. Alamat yang telah anda masukkan pada medan alamat akan kekal sama.
  4. Ketik SIMPAN.
Mengedit waktu perniagaan anda
  1. Ketik Edit
    pada medan waktu perniagaan.
  2. Ketik Jadual.
  3. Pilih salah satu daripada templat jadual berikut:
    • Buka pada waktu tertentu: Gunakan togol untuk memilih hari tertentu perniagaan anda dibuka. Anda juga boleh menentukan set waktu perniagaan setiap hari.
    • Sentiasa dibuka: Gunakan togol untuk memilih hari perniagaan anda dibuka dalam seminggu.
    • Dengan janji temu sahaja: Gunakan togol untuk memilih hari perniagaan anda dibuka bagi membuat janji temu dalam seminggu.
  4. Ketik SIMPAN.
Anda juga boleh mengetik Pilihan lain
> Kosongkan untuk mengeset waktu perniagaan anda semula.
Mengedit e-mel dan tapak web anda
  1. Ketik Edit
    pada medan yang ingin anda kemas kini.
  2. Kemas kini maklumat anda.
  3. Ketik SIMPAN.
Mengedit akaun media sosial terpaut anda
Jika anda tidak mempunyai akaun dipautkan:
  1. Ketik Tambah Facebook atau Instagram.
  2. Ketik Facebook atau Instagram > TERUSKAN.
  3. Log masuk ke akaun anda untuk menambahkan akaun pada profil perniagaan anda.
Jika anda sudah mempunyai akaun dipautkan:
  1. Ketik Edit
    bersebelahan nama halaman Facebook atau nama pengguna umum Instagram anda untuk mengendalikan akaun anda yang dipautkan.
  2. Anda boleh menyembunyikan akaun dipautkan daripada profil anda atau mengenyahpautkan akaun daripada akaun WhatsApp anda.
Mengedit katalog anda
  1. Ketik URUS untuk mengemas kini katalog anda atau mencipta yang baharu.
  2. Tambah atau edit item pada katalog anda jika perlu. Ketahui lebih lanjut tentang cara mencipta dan menyelenggara katalog dalam artikel ini.
Mengedit maklumat Perihalan anda
  1. Ketik Edit
    pada medan Perihal.
  2. Anda boleh mencipta mesej Perihal tersuai atau memilih salah satu daripada pratetap dalam bahagian Pilih Perihal.
Mengedit nombor telefon anda
Ketik Edit
pada medan nombor telefon > SETERUSNYA untuk memulakan proses mengemas kini nombor telefon anda.
Sumber berkaitan:
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak