Â
Perihal beralih antara WhatsApp Messenger dan aplikasi WhatsApp Business
WhatsApp Messenger dan aplikasi WhatsApp Business ialah dua aplikasi yang berbeza. Anda tidak boleh menggunakan nombor telefon yang sama pada setiap aplikasi secara serentak, namun anda boleh beralih antara kedua-dua aplikasi tersebut.
Mengalihkan maklumat akaun anda daripada WhatsApp Messenger kepada aplikasi WhatsApp Business adalah ringkas dan mudah. Ketahui cara beralih daripada WhatsApp Messenger kepada aplikasi WhatsApp Business pada Android dan iPhone.
Anda juga boleh beralih daripada aplikasi WhatsApp Business kepada WhatsApp Messenger. Ketahui cara beralih daripada aplikasi WhatsApp Business kepada WhatsApp Messenger pada Android dan iPhone.
Nota: Walaupun anda boleh mengalihkan sesetengah maklumat akaun anda daripada aplikasi WhatsApp Business kepada WhatsApp Messenger, ciri aplikasi WhatsApp Business tidak akan beralih ke WhatsApp Messenger. Hal ini bermaksud maklumat akaun yang dikaitkan dengan ciri yang unik untuk aplikasi WhatsApp Business, seperti item katalog dan koleksi, tidak boleh dipindahkan.
Sumber berkaitan:
Perihal aplikasi WhatsApp Business