Cara menukar hiasan latar anda

WhatsApp membenarkan anda memperibadikan sembang dengan menukar hiasan latar anda. Anda boleh tukar hiasan latar anda untuk semua sembang, atau setkan hiasan latar untuk sembang tertentu. Anda juga boleh pilih hiasan latar khusus untuk mod gelap atau cerah, dan malapkan hiasan latar mod gelap anda.
Menukar hiasan latar untuk semua sembang
  1. Ketik Pilihan lain
    > Tetapan > Sembang > Hiasan Latar.
    • Sebagai alternatif, anda boleh buka sembang > ketik Pilihan lain
      > Hiasan Latar.
    • Jika anda menggunakan mod gelap, anda boleh menggunakan pelungsur untuk memalapkan hiasan latar semasa anda.
  2. Ketik TUKAR.
  3. Pilih kategori hiasan latar, kemudian pilih imej yang ingin anda setkan sebagai hiasan latar anda.
    • Anda juga boleh mengetik Hiasan Latar Lalai untuk memulihkan hiasan latar lalai WhatsApp.
  4. Ketik SET HIASAN LATAR.
Menukar hiasan latar untuk sembang tertentu
  1. Buka sembang yang ingin anda tukar hiasan latarnya.
  2. Ketik Pilihan lain
    > Hiasan Latar.
    • Jika anda menggunakan mod gelap, anda boleh menggunakan pelungsur untuk memalapkan hiasan latar semasa anda.
  3. Pilih kategori hiasan latar, kemudian pilih imej yang ingin anda setkan sebagai hiasan latar anda.
    • Anda juga boleh mengetik Hiasan Latar Lalai untuk memulihkan hiasan latar lalai WhatsApp.
  4. Ketik SET HIASAN LATAR.
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak