Cara menghantar mesej kepada perniagaan di WhatsApp daripada Kedai Facebook mereka

Nota: Ciri ini mungkin belum tersedia untuk anda lagi.
Apabila anda melawat Kedai Facebook sesebuah perniagaan, anda boleh menggunakan butang Mesej untuk memulakan perbualan dengan perniagaan tersebut tentang produk yang anda lihat.
Menghantar mesej kepada WhatsApp Business daripada Kedai Facebook mereka
  1. Daripada halaman produk dalam kedai, ketik Mesej. WhatsApp kemudian akan membuka dan memulakan sembang dengan akaun WhatsApp Business perniagaan tersebut.
  2. Untuk membantu anda memulakan perbualan, satu templat mesej akan muncul dalam medan teks. Templat ini boleh diedit untuk menyatakan perkara yang ingin anda sampaikan. Pautan halaman produk yang sedang anda lihat dalam kedai juga akan dilampirkan pada mesej anda.
  3. Ketik
    atau
    .
Untuk melihat halaman produk atau membeli-belah terus di WhatsApp, ketik pautan yang telah dilampirkan pada mesej yang telah anda hantar kepada perniagaan. Ketahui cara berkongsi dan melihat pautan untuk membeli-belah di halaman produk di WhatsApp dalam artikel ini.
Nota: Langkah-langkah ini hanya diguna pakai untuk Kedai yang telah memilih WhatsApp sebagai kaedah perhubungan utama mereka.
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak