Cara memadam sembang

Android
iOS
KaiOS

Memadamkan sembang individu

  1. Dalam tab Sembang, leret ke kiri pada sembang yang ingin anda padam.
  2. Ketik Lagi > Padam Sembang > Padam Sembang.
Sebagai alternatif, ketik Edit pada sudut atas tab Sembang > Pilih sembang yang ingin anda padam > Ketik Padam > Padam Sembang.

Memadamkan sembang kumpulan

Untuk memadamkan sembang kumpulan, anda perlu keluar daripada kumpulan tersebut terlebih dahulu:
  1. Dalam tab Sembang, leret ke kiri pada sembang kumpulan yang ingin anda padam.
  2. Ketik Lagi > Keluar kumpulan > Keluar kumpulan.
  3. Leret ke kiri pada sembang kumpulan > ketik Padam Kumpulan > Padam Kumpulan.
Nota: Jika kumpulan ialah sebahagian daripada komuniti, anda boleh mencari kumpulan tersebut dengan mengetik pada komuniti. Anda juga boleh mencari kumpulan dengan menaipkan nama kumpulan dalam bar carian.

Memadamkan kesemua sembang sekali gus

  1. Pergi ke Seting WhatsApp > Sembang > Padam Semua Sembang.
  2. Masukkan nombor telefon anda > ketik Padam Semua Sembang.
Sembang individu akan dipadamkan daripada tab Sembang anda. Walau bagaimanapun, sembang kumpulan masih akan kelihatan dalam tab Sembang anda, dan anda masih akan menjadi sebahagian daripada kumpulan tersebut kecuali jika anda keluar daripada kumpulan.
Nota: Setelah anda memadamkan sembang, pemadaman tersebut tidak boleh dibuat asal. WhatsApp tidak dapat memulihkan sembang yang dipadamkan untuk anda. Anda hanya boleh memulihkan sembang yang dipadamkan jika sandaran terkini anda berlaku sebelum memadamkan sembang. Sila ambil perhatian bahawa anda akan kehilangan sebarang sembang yang berlaku selepas sandaran yang terkini.

Sumber berkaitan

Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?

Ya
Tidak