Cara memadamkan sembang

Android
iOS
KaiOS
Memadamkan sembang individu
  1. Dalam tab Sembang, ketik dan tahan sembang individu yang ingin anda padam.
  2. Ketik Padam
    delete
    > PADAM.
Memadamkan sembang kumpulan
Untuk memadamkan sembang kumpulan, anda perlu keluar daripada kumpulan tersebut terlebih dahulu.
  1. Dalam tab Sembang, ketik dan tahan sembang kumpulan yang ingin anda padam.
  2. Ketik Pilihan lain
    more options
    > Keluar kumpulan > KELUAR.
  3. Ketik dan tahan sembang kumpulan sekali lagi, kemudian ketik Padam
    delete
    > PADAM.
Nota: Jika kumpulan ialah sebahagian daripada komuniti, anda boleh mencari kumpulan tersebut dengan mengetik pada komuniti. Anda juga boleh mencari kumpulan dengan menaipkan nama kumpulan dalam bar carian.
Memadamkan kesemua sembang sekali gus
  1. Dalam tab Sembang, ketik Pilihan lain
    more options
    > Tetapan > Sembang > Sejarah sembang.
  2. Ketik Padam semua sembang.
Sembang individu dan pengemaskinian status akan dipadamkan daripada tab Sembang anda. Walau bagaimanapun, sembang kumpulan masih akan kelihatan dalam tab Sembang anda, dan anda masih akan menjadi sebahagian daripada kumpulan tersebut kecuali jika anda keluar daripada kumpulan.
Sumber berkaitan:
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak