Masalah pemberitahuan

Android
Untuk memastikan penghantaran mesej dan pemberitahuan WhatsApp yang segera, telefon anda mesti dikonfigurasikan dengan betul.
Pastikan anda mempunyai sambungan Internet yang aktif pada telefon anda
Anda boleh menyemak ini dengan membuka pelayar dan memergi ke satu laman web. Jika anda mengalami masalah sambungan, sila ikuti langkah-langkah penyelesaian masalah sambungan ini.
Jika laman web bekerja, tetapi Whatsapp tidak, sila hubungi pembekal mudah alih dan pentadbir sistem anda dan pastikan bahawa APN dan router anda telah dikonfigurasikan dengan betul untuk membenarkan sambungan bukan web dan soket. Anda juga boleh mencuba sambungan yang lain. Jika anda tersambung ke Wi-Fi, cuba data mudah alih atau sebaliknya.
Pastikan data latar belakang tidak dihadkan
  1. Buka aplikasi Tetapan telefon anda > Aplikasi > WhatsApp > Penggunaan data.
  2. Pastikan data latar belakang tidak dihadkan.
  3. Ulangi langkah-langkah di atas untuk Perkhidmatan Google.
Penyelesaian masalah tambahan
  • Mulakan semula telefon anda, atau matikan dan hidupkannya kembali.
  • Tetapkan semula aplikasi dengan memergi ke aplikasi Tetapan telefon anda > Aplikasi > Butang Menu > Penetapan semula aplikasi.
  • Halang mod penjimat kuasa daripada diaktifkan, sebagai contoh dengan meninggalkan telefon anda terpalam masuk ke dalam sumber kuasa.
  • Log keluar daripada WhatsApp Web dengan memergi ke WhatsApp > Butang Menu > WhatsApp Web > Log keluar dari semua komputer.
  • Hidupkan Wi-Fi anda semasa mod tidur dengan memergi ke aplikasi Tetapan telefon anda > Wi-Fi > ikon Tetapan > Biarkan Wi-Fi semasa tidur > Sentiasa.
  • Nyahpasang sebarang task killer. Ini akan menghalang aplikasi daripada menerima mesej apabila anda tidak menggunakannya.
  • Lancarkan aplikasi Hangouts dan daftar keluar dari semua aplikasi anda. Kemudian, lancar semula Hangouts dan daftar masuk kembali.
Penyelesaian masalah tambahan tertentu OS
  • Android 4.1 - 4.4
    • Pastikan bahawa auto segerak data dihidupkan dalam aplikasi Tetapan telefon anda > Penggunaan data > Butang Menu > auto segerak data.
    • Pastikan bahawa pengoptimuman Wi-Fi dimatikan dalam aplikasi Tetapan telefon anda > Wi-Fi > Butang Menu > Lanjutan > Pengoptimuman Wi-Fi.
  • Android 6.0+
    • Pastikan bahawa Jangan ganggu dimatikan atau anda telah membenarkan pemberitahuan WhatsApp dalam mod keutamaan dalam aplikasi Tetapan telefon anda > Bunyi > Jangan ganggu.
    • Pastikan kesemua kebenaran WhatsApp diberikan dalam aplikasi Tetapan telefon anda > Aplikasi > WhatsApp > Kebenaran.
Jika semua langkah-langkah di atas tidak membantu, ia adalah mungkin bahawa anda tidak menerima kemaskini daripada perkhidmatan pemberitahuan push Google.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak