Perihal telefon dipecah sekatan (rooted) dan ROM tersuai

Android
ROM tersuai dan telefon dipecah sekatan tidak disokong oleh WhatsApp. Terdapat terlalu banyak variasi dalam penyesuaian ini yang menghalang kami daripada mengekalkan produk yang berfungsi. Selain itu, ROM tersuai dan pemecahan sekatan (rooting) tidak membenarkan model keselamatan WhatsApp untuk berfungsi sebagaimana yang diinginkan. Jika anda menggunakan ROM tersuai atau telefon dipecah sekatan, aplikasi lain mungkin dapat membaca mesej anda walaupun dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung.
Untuk pengalaman WhatsApp yang terbaik, sila gunakan ROM stok dan buangkan pemecahan sekatan. Hubungi pengeluar telefon anda untuk arahan khusus cara membuat asal pemecahan sekatan telefon.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak