Perihal telefon diakarkan (rooted) dan ROM tersuai

Android
ROM tersuai dan telefon diakarkan tidak disokong oleh WhatsApp. Terdapat terlalu banyak variasi dalam penyesuaian ini yang menghalang kami daripada mengekalkan produk yang berfungsi. Selain itu, ROM tersuai dan pengakaran (rooting) tidak membenarkan model keselamatan WhatsApp untuk berfungsi sebagaimana yang diinginkan. Jika anda menggunakan ROM tersuai atau telefon diakarkan, aplikasi lain mungkin dapat membaca mesej anda walaupun dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung.
Untuk pengalaman WhatsApp terbaik, sila gunakan ROM stok dan buang pengakaran. Hubungi pengeluar telefon anda untuk mendapatkan arahan khusus tentang cara membuat asal pengakaran telefon.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak