Cara menggunakan status

Android
iPhone
KaiOS
Status membenarkan anda untuk berkongsi pengemaskinian dalam bentuk teks, foto, video dan GIF yang akan hilang selepas tempoh 24 jam, dan status juga disulitkan hujung ke hujung. Untuk menghantar dan menerima pengemaskinian status daripada kenalan anda, anda dan kenalan harus saling menyimpan nombor telefon pada buku alamat telefon masing-masing.
Mencipta dan menghantar pengemaskinian status
  1. Buka >Status WhatsApp.
  2. Ketik:
    • Teks
      untuk mengarang pengemaskinian status bertulis.
    • Emoji
      untuk memasukkan emoji atau GIF.
    • T untuk memilih fon.
    • Warna
      untuk memilih warna latar belakang.
    • Suara
      dan tahan untuk merakam pengemaskinian status suara.
    • Kamera
      atau Status saya untuk mengambil foto, merakam video atau GIF, atau memilih foto, video atau GIF sedia ada daripada pemilih. Anda juga boleh memasukkan kapsyen atau mengedit foto, video atau GIF. Ketahui cara untuk melakukan sedemikian dalam artikel ini.
  3. Untuk memilih khalayak bagi status, ketik khalayak lalai anda. Kemudian, pilih kenalan status anda > ketik Selesai.
  4. Ketik Hantar
    .
Sebagai alternatif, anda boleh mencipta dan menghantar pengemaskinian status gambar, video atau GIF dengan pergi ke tab Sembang, kemudian mengetik Kamera
.
Nota: WhatsApp menyokong format video 3GP dan mpeg4.
Melihat atau membalas kepada pengemaskinian status
  • Untuk melihat pengemaskinian status kenalan, ketik tab Status. Kemudian, ketik pada pengemaskinian status kenalan.
  • Untuk membalas pengemaskinian status kenalan, ketik Balas ketika melihat pengemaskinian tersebut.
Sumber
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak