Cara menghantar media

Berkongsi media, dokumen, lokasi atau kenalan
  1. Buka sembang individu atau kumpulan.
  2. Ketik Lampirkan
    . Kemudian, ketik:
    • Dokumen untuk memilih dokumen daripada telefon anda.
    • Kamera untuk mengambil gambar dengan kamera anda.
    • Galeri untuk memilih foto atau video yang sedia ada daripada telefon anda. Ketik dan tahan untuk memilih berbilang imej.
    • Audio untuk menghantar audio sedia ada daripada telefon anda.
    • Lokasi untuk menghantar lokasi anda atau tempat berdekatan.
    • Kenalan untuk menghantar maklumat kenalan yang disimpan pada buku alamat telefon anda melalui WhatsApp.
  3. Anda juga boleh menambahkan kapsyen pada foto dan video. Leret antara foto untuk menambahkan kapsyen pada setiap foto.
  4. Ketik Hantar
    .
Nota: Saiz maksimum dokumen yang dibenarkan ialah 2 GB. Untuk menghantar dokumen dalam aplikasi WhatsApp, dokumen tersebut mestilah disimpan secara setempat pada telefon anda. Sebagai alternatif, WhatsApp akan muncul sebagai salah satu pilihan dalam menu kongsi aplikasi yang mengendalikan dokumen. Apabila anda memuat turun dokumen, dokumen tersebut akan disimpan secara automatik pada folder Dokumen WhatsApp: WhatsApp/Media/WhatsApp Documents, yang dapat diakses dengan aplikasi penjelajah fail.
Menghantar media berkualiti tinggi
  1. Ketik WhatsApp Pilihan Lain > Tetapan.
  2. Ketik Storan dan data> Kualiti muat naik media > Kualiti muat naik foto.
  3. Ketik Auto (disyorkan), Kualiti terbaik atau Penjimat data.
  4. Nota: Media dengan resolusi tinggi akan menggunakan lebih banyak data.
Memajukan media, dokumen, lokasi atau kenalan
  1. Buka sembang individu atau kumpulan.
  2. Ketik dan tahan jenis mesej yang ingin dimajukan. Anda boleh memilih berbilang mesej.
  3. Ketik Majukan
    .
  4. Pilih sembang yang anda ingin mesej tersebut dimajukan.
  5. Ketik Hantar
    .
Apabila anda memajukan media, dokumen, lokasi atau kenalan, anda tidak perlu memuat naik semula. Sebarang mesej yang dimajukan yang asalnya tidak dihantar oleh anda akan memaparkan label "Dimajukan".
Nota: Kapsyen tidak akan dimajukan bersama-sama dengan media. Anda tidak akan dapat memajukan mesej kepada senarai siaran.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak