Â
Cara menambahkan nombor telefon antarabangsa
- Buka buku alamat telefon anda.
- Apabila menambah nombor telefon kenalan, mulakan dengan memasukkan tanda tambah (+).
- Masukkan kod negara, diikuti dengan nombor telefon lengkap.
- Nota: Kod negara adalah awalan berangka yang perlu dimasukkan sebelum nombor telefon negara lengkap untuk membuat panggilan ke negara lain. Anda boleh membuat carian dalam talian untuk mendapatkan kod negara yang anda perlukan.
Sebagai contoh, jika kenalan di Amerika Syarikat (kod negara "1") mempunyai kod kawasan "408" dan nombor telefon "XXX-XXXX", anda perlu memasukkan +1 408 XXX XXXX.
Nota:
- Pastikan anda mengeluarkan sebarang angka 0 di depan atau sebarang kod panggilan khas.
- Jika anda ingin menambahkan nombor telefon tempatan (dalam negara) pada buku alamat telefon anda, masukkan nombor seolah-olah anda sedang menghubungi kenalan anda melalui telefon.
- Semua nombor telefon di Argentina (kod negara "54") harus mempunyai angka "9" di antara kod negara dan kod kawasan. Awalan "15" mesti dikeluarkan supaya nombor akhir mempunyai bilangan 13 digit: +54 9 XXX XXX XXXX
- Nombor telefon di Mexico (kod negara "52") perlu mempunyai angka "1" selepas "+52", walaupun ia nombor Nextel.