Â
Cara menggunakan pelekat
Android
iPhone
Memuat turun dan menggunakan pelekat
- Buka sembang individu atau grup.
- Untuk menambah pek pelekat, ketik Emoji> Pelekat> Tambah.
- Ketik Muat turunbersebelahan pek pelekat yang ingin anda muat turun. Jika diprom, ketik MUAT TURUN • {file size}.
- Tanda semak hijau akan kelihatan apabila muat turun selesai.
- Tanda semak hijau
- Ketik Kembali.
- Cari dan ketik pelekat yang ingin anda hantar.
Selepas anda mengetik pelekat, ia akan dihantar secara automatik.
Pilihan tambahan:
- Ketik Terbaruuntuk melihat pelekat yang anda gunakan baru-baru ini.
- Ketik Kegemaranuntuk melihat pelekat kegemaran anda.
- Untuk menggemari pelekat, ketik Emoji> Pelekat. Ketik dan tahan pelekat, kemudian ketik TAMBAH. Sebagai alternatif, ketik pelekat daripada dalam tetingkap sembang individu atau grup > TAMBAHKAN PADA KEGEMARAN.
- Untuk mengenyahgemari pelekat, ketik Emoji> Pelekat> Kegemaran. Ketik dan tahan pelekat, kemudian ketik ALIH KELUAR. Sebagai alternatif, ketik pelekat daripada dalam tetingkap sembang individu atau grup > ALIH KELUAR DARIPADA KEGEMARAN.
- Untuk menggemari pelekat, ketik Emoji
- Pelekat dikategorikan berdasarkan emoji yang dipaparkan pada ikon. Ketik kotak hati untuk melihat satu set kategori pelekat.
- Ketik Tambahuntuk lebih banyak pilihan pelekat. Tatal ke bawah tab SEMUA PELEKAT dan ketik DAPATKAN PELEKAT LAIN. Ini akan membawa anda ke Gedung Google Play yang membolehkan anda memuat turun aplikasi pelekat.
- Ketik Cariuntuk mencari pelekat tertentu yang telah anda muat turun. Anda boleh mencari pelekat menggunakan teks atau emoji.
- Nota: Pelekat yang telah anda muat turun luar daripada WhatsApp mungkin tidak dapat dicari jika pencipta pelekat tidak mengetag pelekat tersebut mengikut garis panduan WhatsApp.
- Carian pelekat dilakukan di luar talian sepenuhnya. WhatsApp tidak mengumpulkan maklumat tentang penggunaan carian pelekat anda atau kata kunci yang anda gunakan apabila mencari pelekat.
- Untuk melihat pek pelekat yang telah anda muat turun, ketik Tambah> PELEKAT SAYA.
- Jika anda ingin memadamkan pek pelekat tertentu, ketik Padam> PADAM.
- Untuk menyusun semula pek pelekat anda, ketik dan seret Susun semulabersebelahan dengan pek pelekat.
- Untuk mengemas kini pek pelekat, ketik Tambahapabila titik hijau muncul. Dalam tab SEMUA PELEKAT, ketik KEMAS KINI bersebelahan pek pelekat yang perlu dikemas kini. Jika diprom, ketik KEMAS KINI • {saiz fail}.
- Tanda semak hijau akan kelihatan apabila muat turun selesai.
- Tanda semak hijau
Pelekat boleh didapati pada WhatsApp versi terkini. Sekiranya anda tidak melihat pelekat, pastikan anda mengemas kini kepada WhatsApp versi terbaharu di gedung aplikasi telefon anda.
Sumber berkaitan:
- Cara mencipta pelekat