Mengapakah saya melihat ralat rangkaian tamat masa?

Web dan Komputer meja
Ciri Pengesahan Kod memberikan lapisan keselamatan tambahan pada penyulitan hujung ke hujung apabila individu menggunakan WhatsApp di web. Jika anda telah memuat turun sambungan pelayar web Pengesahan Kod, anda mungkin akan melihat amaran yang menyatakan "Rangkaian tamat masa. Tidak dapat mengesahkan halaman ini." Hal ini mungkin berlaku atas sebab-sebab yang berikut:
  • Sambungan rangkaian anda tidak stabil.
  • Sesuatu mengganggu pengesahan halaman.
Untuk menyelesaikan isu tersebut:
  • Muatkan halaman semula dan buka sambungan sekali lagi.
  • Cuba bersambung melalui rangkaian Wi-Fi yang lain.
  • Cuba jedakan sambungan anda yang lain, ulang proses pengesahan sekali lagi, dan nyahjedakan sambungan anda yang lain setelah selesai. Anda mungkin perlu memuatkan WhatsApp Web semula untuk menghilangkan amaran.
  • Sekiranya amaran berterusan, teruskan dengan berhati-hati dan pertimbangkan untuk log keluar daripada WhatsApp Web dan gunakan WhatsApp pada peranti mudah alih anda kerana mesej anda di web mungkin tidak lagi peribadi.
Sumber berkaitan:
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak