Mengapa saya mengalami isu dengan Panggilan WhatsApp?

Apabila mengalami isu dengan panggilan WhatsApp, sila cuba bersambung melalui rangkaian yang berbeza (seperti sambungan melalui Wi-Fi dan bukannya data mudah alih, atau sebaliknya). Rangkaian semasa anda mungkin tidak dikonfigurasikan dengan betul untuk UDP (Protokol Datagram Pengguna/User Datagram Protocol) yang mungkin menghalang Panggilan WhatsApp daripada berfungsi dengan betul.
Jika anda tidak dapat membuat atau menerima panggilan WhatsApp selepas bersambung melalui sambungan Wi-Fi anda, pastikan bahawa tetapan keselamatan penghala dan konfigurasi tembok api (firewall) anda tidak menghalang sesetengah jenis sambungan tertentu untuk WhatsApp untuk berfungsi dengan betul.
Jika anda mempunyai soalan tambahan tentang UDP atau tetapan Tembok api (Firewall), sila hubungi pembekal perkhidmatan atau pentadbir rangkaian anda untuk maklumat tambahan.
Penjimat bateri dan sambungan bluetooth mungkin juga menyebabkan isu dengan panggilan WhatsApp. Jika penjimat bateri anda dihidupkan atau bluetooth disambungkan, sila cuba menyahdayakan ia dan maklumkan kami jika anda masih mengalami isu tersebut.
Di samping itu, sila mulakan semula peranti anda dan pastikan tiada aplikasi lain yang menggunakan mikrofon, alat telinga atau kamera anda. Sila maklumkan kami jika anda mengalami isu yang sama pada aplikasi lain di samping WhatsApp.
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak