Menerima kod pengesahan tanpa memohonnya

Untuk melindungi akaun anda, WhatsApp akan menghantar pemberitahuan tolak apabila seseorang cuba untuk mendaftarkan akaun WhatsApp menggunakan nombor telefon anda. Untuk memastikan akaun anda selamat, jangan kongsikan kod pengesahan anda dengan orang lain.
Apabila anda menerima pemberitahuan ini, ia bermaksud bahawa seseorang telah memasukkan nombor telefon anda dan memohon kod pendaftaran. Ini kerap berlaku jika seorang pengguna lain tersalah taip nombor anda apabila mereka cuba memasukkan nombor mereka sendiri untuk mendaftar. Ini juga boleh berlaku apabila seseorang cuba untuk mengambil alih akaun anda.
Jangan sekali-kali berkongsi kod pengesahan WhatsApp anda dengan orang lain. Jika seseorang cuba mengambil alih akaun anda, mereka memerlukan kod pengesahan SMS dihantar kepada nombor telefon anda untuk berbuat sedemikian. Tanpa kod ini, pengguna yang cuba mengesahkan nombor anda tidak akan dapat melengkapkan proses pengesahan dan menggunakan nombor telefon anda pada WhatsApp. Ini bermakna akaun WhatsApp anda kekal dalam kawalan anda.
Nota
  • WhatsApp tidak mempunyai maklumat yang mencukupi untuk mengenal pasti individu yang sedang cuba mengesahkan akaun WhatsApp anda.
  • WhatsApp adalah disulitkan hujung ke hujung dan mesej disimpan pada peranti anda, jadi seseorang yang mengakses akaun anda pada peranti lain tidak dapat membaca perbualan anda yang lalu.
Sumber
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak