Cara memulihkan sejarah sembang anda

Android
iPhone
Pulihkan sejarah sembang anda daripada sandaran iCloud
  1. Sahkan bahawa sandaran iCloud wujud dalam WhatsApp > Seting > Sembang > Sandaran Sembang.
  2. Jika anda boleh melihat kali terakhir sandaran dibuat, padam dan pasangkan semula WhatsApp.
  3. Selepas mengesahkan nombor telefon anda, ikuti prom untuk memulihkan sejarah sembang anda.
Nota:
  • Anda mesti didaftar masuk dengan ID Apple yang anda gunakan untuk mengakses iCloud dan iCloud Drive mesti dihidupkan.
  • Anda mesti mempunyai ruang kosong yang mencukupi pada iCloud dan iPhone. Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 2.05 kali ruang tersedia pada akaun iCloud dan pada telefon anda berbanding saiz sebenar sandaran anda.
  • Nombor telefon yang telah digunakan untuk membuat sandaran dan pemulihan mestilah nombor yang sama. Anda tidak boleh memulihkan sejarah sembang daripada akaun WhatsApp yang lain.
  • Disebabkan sandaran dikaitkan dengan nombor telefon individu, anda boleh membuat sandaran untuk berbilang akaun WhatsApp pada akaun iCloud yang sama.
Sumber berkaitan:
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak