Cara memulihkan sejarah sembang anda
Android
iPhone
Untuk memulihkan sejarah sembang anda, anda perlu mengesahkan bahawa sandaran telah wujud. Jika anda tidak mempunyai sandaran, sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk mencipta sandaran pada Google Drive anda.
- Ketik> Tetapan > Sembang > Sandaran sembang.
- Di bawah tetapan Google Drive, ketik Akaun Google dan pilih Akaun Google yang ingin disandarkan dengan sembang anda.
- Ketik Benarkan untuk membolehkan WhatsApp mengakses Akaun Google anda yang dipilih.
- Ketik Sandarkan pada Google Drive
- Anda boleh mendayakan sandaran sejarah sembang automatik pada Google Drive secara harian, mingguan, atau bulanan.
- Anda boleh membuat sandaran pada Google Drive secara manual dengan memilih "Hanya apabila saya ketik Sandarkan”.
- Ketik Sandarkan.
Nota: Pastikan anda tidak dilog masuk ke peranti yang tiada data WhatsApp sebelum menghidupkan sandaran. Hal ini akan menyebabkan mana-mana sandaran sedia ada digantikan dengan sandaran yang kosong.
Memulihkan daripada sandaran Google Drive
Untuk berjaya memulihkan sandaran Google Drive, gunakan nombor telefon dan akaun Google yang sama yang telah digunakan untuk mencipta sandaran. Untuk mengekalkan salinan sejarah sembang anda pada Google Drive, anda disyorkan untuk mendayakan ciri sandaran automatik untuk sembang anda dan memilih kekerapannya kepada harian, mingguan atau bulanan. Jika anda memasang WhatsApp tanpa sandaran Google Drive sebelum ini, WhatsApp akan memulihkan sembang yang disimpan dalam pangkalan data WhatsApp telefon anda secara automatik, jika tersedia.
Untuk memulihkan sandaran anda:
- Pasang dan buka WhatsApp, kemudian sahkan nombor anda.
- Ketik PULIHKAN apabila diprom untuk memulihkan sembang dan media anda daripada Google Drive.
- Selepas pemulihan selesai, ketik SETERUSNYA. Sembang anda akan dipaparkan apabila proses pengawalan selesai. WhatsApp akan terus memulihkan fail media anda selepas sembang anda dipulihkan.
Sumber berkaitan: