Cara berkongsi produk atau perkhidmatan dengan pelanggan

Anda boleh berkongsi produk atau perkhidmatan dengan pelanggan baharu dan sedia ada dengan berkongsi katalog anda.
Berkongsi katalog anda dalam sembang individu atau sembang grup
  1. Buka sembang dalam apl WhatsApp Business.
  2. Ketik ikon lampiran di sebelah medan teks.
  3. Kemudian, ketik Katalog.
  4. Ketik Hantar semua item di bahagian atas.
Berkongsi produk atau perkhidmatan dalam sembang individu atau sembang grup
  1. Buka sembang dalam apl WhatsApp Business.
  2. Ketik ikon lampiran di sebelah medan teks.
  3. Kemudian, ketik Katalog.
  4. Pilih produk atau perkhidmatan yang ingin anda kongsikan.
  5. Ketik Hantar.
Berkongsi seluruh katalog melalui Pengurus Katalog
  1. Buka apl WhatsApp Business > Tetapan > Alat Perniagaan > Katalog.
  2. Setelah anda berada pada skrin Pengurus Katalog, ketik ikon pautan di sudut atas kanan.
  3. Anda boleh berkongsi seluruh katalog anda dengan kenalan anda atau pembeli berpotensi di mana-mana dengan memilih salah satu pilihan berikut:
    • Hantar pautan melalui WhatsApp Business: Untuk berkongsi pautan katalog dengan orang lain melalui WhatsApp
    • Salin Pautan: Menyalin pautan
    • Kongsi Pautan: Untuk berkongsi katalog melalui e-mel atau aplikasi pemesejan lain
Berkongsi sesuatu produk atau perkhidmatan melalui Pengurus Katalog
  1. Buka apl WhatsApp Business > Tetapan > Alat Perniagaan > Katalog.
  2. Daripada Pengurus Katalog, pilih item yang ingin anda kongsikan. Kemudian, ketik ikon pautan di sudut atas kanan.
  3. Anda boleh berkongsi item tertentu dalam katalog anda dengan kenalan anda atau pembeli berpotensi di mana-mana dengan memilih salah satu pilihan berikut:
    • Hantar pautan melalui WhatsApp Business: Untuk berkongsi pautan item yang dipilih dengan orang lain melalui WhatsApp
    • Salin Pautan: Menyalin pautan
    • Kongsi Pautan: Untuk berkongsi item yang telah dipilih melalui e-mel atau saluran sosial
Pautan katalog dan item tidak boleh disuaikan sebelum dikongsikan kerana ia dijanakan secara automatik.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak