Cara memainkan mesej suara

Mesej suara yang diterima di WhatsApp dimuat turun secara automatik.
Pada mesej suara yang diterima, anda akan melihat:
  • Mikrofon hijau
    pada mesej suara yang belum anda mainkan.
  • Mikrofon biru
    pada mesej suara yang telah anda mainkan.
Memainkan mesej suara
  1. Klik Main
    untuk mendengar mesej suara yang telah anda hantar atau terima.
  2. Mendengar mesej.
    • Melalui pembesar suara komputer anda: Mainkan mesej melalui pembesar suara komputer anda.
    • Melalui fon kepala anda: Mesej suara akan dimainkan melalui fon kepala anda apabila bersambung dengan peranti.
  3. Ketika mesej dimainkan, anda boleh mengklik ikon 1x untuk meningkatkan kelajuan kepada 1.5x atau 2x.
  4. Anda juga boleh mengklik dan menyeret titik yang terletak pada bentuk gelombang ke cap masa mesej yang ingin anda mula mainkan.
  5. Mesej suara akan terus dimainkan walaupun anda menavigasi ke sembang atau grup lain dalam WhatsApp.
    • Apabila anda memainkan mesej suara dan meninggalkan sembang tersebut, pemain mini akan dipaparkan di bahagian bawah sebelah kiri tetingkap anda.
    • Anda boleh menjeda, memainkan, dan menutup mesej suara, atau menavigasi kembali ke sembang asal.
Sumber berkaitan:
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak