Â
Cara menggunakan klik untuk bersembang
Ciri klik untuk bersembang WhatsApp membolehkan anda memulakan sembang dengan seseorang tanpa menyimpan nombor telefon mereka pada buku alamat telefon anda. Selagi anda mengetahui nombor telefon individu tersebut dan mereka mempunyai akaun WhatsApp yang aktif, anda boleh mencipta pautan yang akan membolehkan anda untuk mula bersembang dengan mereka. Dengan mengklik pautan tersebut, sembang dengan individu tersebut akan terbuka secara automatik. Ciri klik untuk bersembang berfungsi pada telefon anda dan WhatsApp Web.
Mencipta pautan anda sendiri
Gunakan
https://wa.me/<number>
yang <number>
ialah nombor telefon lengkap dalam format antarabangsa. Abaikan sebarang angka kosong, kurungan atau tanda sengkang ketika menambahkan nombor telefon dalam format antarabangsa.
Contoh:
Gunakan:
https://wa.me/1XXXXXXXXXX
Jangan gunakan:
https://wa.me/+001-(XXX)XXXXXXX
Mencipta pautan anda sendiri dengan mesej yang telah dipraisi
Mesej yang telah dipraisi akan muncul secara automatik dalam medan teks sembang. Gunakan
https://wa.me/whatsappphonenumber?text=urlencodedtext
yang whatsappphonenumber
ialah nombor telefon lengkap dalam format antarabangsa dan urlencodedtext
ialah mesej yang telah dipraisi dengan kod URL.
Contoh:
https://wa.me/1XXXXXXXXXX?text=I'm%20interested%20in%20your%20car%20for%20sale
Untuk mencipta pautan dengan mesej yang telah dipraisi sahaja, gunakan
https://wa.me/?text=urlencodedtext
Contoh:
https://wa.me/?text=I'm%20inquiring%20about%20the%20apartment%20listing
Selepas mengklik pada pautan tersebut, satu senarai kenalan yang boleh anda hantarkan mesej akan terpapar.
Cara menggunakan butang Sembang di WhatsApp
Butang Sembang di WhatsApp yang berjenama mengikuti garis panduan jenama. Apabila anda mengikuti garis panduan jenama, butang ini akan dikenali dan dipercayai oleh bakal pelanggan yang ingin berinteraksi dengan anda. Butang Sembang di WhatsApp tersedia dalam warna hijau serta putih dan tiga saiz berbeza: kecil, sederhana dan besar.
Berikut ialah dua contoh butang rasmi Sembang di WhatsApp:


Nota: Butang Sembang di WhatsApp hanya tersedia dalam bahasa Inggeris pada masa ini.
Untuk meningkatkan penglibatan penggunaan butang Sembang di WhatsApp, ikuti amalan terbaik yang berikut:
- Gunakan butang tersebut seadanya. Jangan tukar butang tersebut.
- Gunakan butang versi yang terkini. Anda boleh memuat turun rekaan butang di sini.
- Pastikan butang boleh dilihat dan mudah dibaca.
Anda boleh menggunakan butang Sembang di WhatsApp di beberapa tempat, seperti:
- halaman pendaratan pada pelayar desktop
- halaman orang hubungan
- aplikasi mudah alih
- versi mudah alih tapak web anda
- templat daripada pembangun pihak ketiga
contoh kod HTML
- untuk membenamkan imej SVG:
- untuk membenamkan imej PNG
<a aria-label="Chat on WhatsApp" href="https://wa.me/1XXXXXXXXXX"><img alt="Chat on WhatsApp" src="WhatsAppButtonGreenLarge.svg" /><a />
<a aria-label="Chat on WhatsApp" href="https://wa.me/1XXXXXXXXXX"><img alt="Chat on WhatsApp" src="WhatsAppButtonGreenLarge.png" /><a />
Sumber berkaitan: